Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Jordan Mahu Tamatkan Perjanjian...

JORDAN bercadang untuk menamatkan kebenaran penggunaan dua kawasan kepada Israel yang dipersetujui dalam...

Warnakan Rambut, Itu Urusan...

KUALA LUMPUR - "Sekiranya esok saya mewarnakannya (rambut) biru atau merah, ataupun mencukurnya...

Serang Syria Ancam Keamanan...

KUALA LUMPUR – Serangan bersepadu ke atas Syria oleh Amerika Syarikat (AS) bersama...

Lelaki Warga Emas Hilang...

JULAU – Lelaki warga emas yang hilang ketika memasang pukat di tepi Sungai...

Hospital Buka 8,000 Botol Ubat Penawar Racun

PASUKAN perubatan di China terpaksa bergelut dengan masa untuk membuka 8,000 botol kaca kecil mengandungi penawar bagi menyelamatkan seorang lelaki yang tidak sedarkan diri selepas minum racun serangga.

Lelaki berusia 50 tahun itu dikejarkan ke unit kecemasan di sebuah hospital dalam keadaan koma.

Bagi menyelamatkannya, doktor memerlukan kira-kira 400 mg ubat atropine.

Malangnya hospital terbabit tidak mempunyai stok atropine yang banyak sebaliknya hanya ada dalam bentuk botol kecil.

Setiap botol hanya mengandungi 0.5 mg atropine dan bagi mencukupkan jumlah 400 mg, mereka memerlukan kira-kira 8,000 botol.


Memandangkan tiada pilihan lain dan dalam keadaan terdesak, lapan petugas perubatan telah berkerja semalaman untuk membuka kira-kira 8,000 penutup botol kaca itu.

Dalam proses tersebut, ramai daripada mereka yang mengalami luka di jari disebabkan terkena serpihan kaca daripada botol terbabit.

Pesakit berkenaan bagaimanapun masih berada dalam keadaan kritikal. – MYNEWSHUB.CC

Kategori