Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Wanita Gaza Pecah Tradisi,...

GAZA - Empat wanita Palestin melakukan perkara luar biasa di negara berpegang teguh...

Kenapa Takut Sangat Dengan...

KAJANG : ā€œKenapa kita takut sangat dengan DAP, gabungan lain pun ada parti...

Harga Lelong Jualan Keluarga...

JELEBU : Bukan sahaja harga murah ditawarkan pada program Jualan Keluarga Malaysia, jualan...

Wad Kecemasan Hospital Seberang...

BUTTERWORTH - Wad kecemasan Hospital Seberang Jaya di sini malam ini, menjadi tumpuan...

HPPNK 2017 Sasar Jualan RM20 Hingga 30 Juta

SERDANG – Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2017 yang bakal berlangsung pada 28 Sept hingga 1 Okt ini dijangka mencatat jualan sehingga RM20 ke RM30 juta.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata acara yang julung kalinya diadakan di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) itu turut disasarkan menarik kehadiran kira-kira 500,000 pengunjung.

Beliau optimis sasaran tersebut boleh dicapai memandangkan HPPNK kali ini diadakan bersekali dengan tiga acara lain iaitu Festival Makanan Malaysia (MFF), Ternakan di Malaysia dan Pameran Antarabangsa Agro-Pelancongan Malaysia (MIATE).

“HPPNK kali ini akan menjadi seperti mini Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA) dan konsep ini akan dikembangkan dari tahun ke tahun bagi meletakkan nama Malaysia ke peringkat lebih tinggi dalam pembangunan industri makanan,” katanya semasa majlis prapelancaran HPPNK 2017, di sini hari ini.

Bertemakan `Makanan Kita, Masa Depan Kita’, HPPNK kali ini akan menampilkan 850 gerai pameran dan jualan, katanya.


Ahmad Shabery berkata pengiktirafan akan turut diberikan kepada peladang, penternak dan nelayan yang mencapai kejayaan dalam menghasilkan produk dan inovasi pertanian dalam membantu menjamin sekuriti dan kedaulatan makanan negara.

Seperti MAHA 2016 lepas, beliau berkata HPPNK 2017 akan turut diserikan dengan pelbagai acara lain bagi memberikan suasana meriah dan santai kepada pengunjung.

Katanya maklumat lanjut mengenai HPPNK 2017 boleh diikuti melalui laman Facebook, Twitter dan Instagram @HPPNK2017. – BERNAMA

Kategori