Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Pakai Seksi, Jururawat Ini...

KERANA didakwa sering berpakaian seksi, seorang jururawat di sebuah hospital swasta di Isan,...

Dianggap Sebagai Kekasih Anak...

Dengan kulit yang bercahaya, rambut tebal tanpa kedutan di badan, sukar untuk mempercayai...

Asmidar Tak Kisah Terpaksa...

PENYANYI Asmidar memberitahu dia kini sering berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Jakarta, Indonesia...

Agihan Projek Pan Borneo...

PERTAMA sekali, Projek Pan Borneo dilaksanakan secara PFI (private finance initiative).Ia merupakan syarikat...

“Huda Takda Duit, Tak Tahu Nak Hadiah Cikgu Apa”

GURU ibarat lilin yang membakar diri. Perumpamaan yang sering dikaitkan dengan insan bergelar guru ini sudah cukup untuk menghuraikan betapa besar pengorbanan mereka kepada masyarakat.

Sedia maklum, 16 Mei setiap tahun adalah tarikh yang dipilih untuk meraikan insan-insan yang banyak memberi sumbangan dalam mendidik dan membentuk anak bangsa.

Ada yang memberikan hadiah kepada guru berupa jambangan bunga, set cawan, baju dan pelbagai lagi, yang mana kebiasaannya diberikan oleh pelajar yang berkemampuan.

Bagi yang kurang mampu pula, mungkin ada hadiah yang diberi atau mungkin tidak. Apa yang pasti itu bukan suatu harapan dari seorang guru melainkan ingin melihat anak muridnya itu menjadi seorang insan yang berjaya.

Menerusi laman sosial, kami tertarik dengan kisah seorang wanita ini yang berkongsikan pengalamannya menerima suatu hadiah yang tidak akan dilupakan dirinya sepanjang 10 tahun bergelar sebagai guru.

Jom kita ikuti perkongsian Jamaliah Amirul yang mungkin membuatkan anda sedikit sebak melihatkan bagaimana keikhlasan seorang murid dalam memberikan cenderamata paling bermakna kepada guru kesayangannya itu.

"Huda Takda Duit Banyak, Tak Tahu Nak Hadiah Cikgu Apa"

Sekadar berkongsi suka duka Hari Guru hari ini 16 Mei 2017. Al kisah hari ini.

Waktu rehat Kak Lia ke kantin sekolah. Tiba di kantin sekolah, Kak Lia di tegur oleh seorang makcik kantin.

Makcik Kantin: ustazah ni yang nama Jamaliah kan?

Kak Lia: Ye saya makcik. (dalam hati macam pelik tiba2 ditanya macam tu. Terfikir agaknya Kak Lia guru baru di situ mungkin sebab itu dia bertanya).

Macik Kantin: Tadi ada budak tertinggal kertas yang bungkuskan duit syiling. Tapi atas tu ditulis UNTUK USTAZAH JAMALIAH SEDAP NAMA 😀. (mula Kak Lia ingat makcik ni yang puji nama Kak Lia sedap. sebab tak faham lagi situasi dan ceritanya). Tapi makcik dah bagi pada sorang ustazah yang lain tadi.

Kak Lia pun cakap “Ok makcik terima kasih.”

Kak Lia terus pergi ke meja untuk duduk makan bersama guru-guru yang lain.

Bila sampai di meja, seorang ustazah bagi Kak Lia kertas yang berisi syiling yang dimaksudkan oleh makcik kantin tadi. Bila dah tengok baru la Kak Lia faham apa yang makcik kantin sampaikan.


Di atas kertas ada ditulis HUDA BUAT. Bila masuk ke kelas… kak lia terus tanya. Siapa yang buat ni ada tulis nama ustazah tapi dia tercicir di kantin.

Huda murid yang pendiam tak cakap apa-apa. Kak lia tanya…. Ini Huda punya ke?” Huda anggukkan kepala.

“Huda nak bagi pada ustazah ke?” Sekali lagi dia anggukkan kepala.

“Duit syiling ni duit Hudakan… Huda nak bagi pada ustazah ke macam mana?” Tanya Kak Lia.

“Itu duit tabung saya. Saya kumpul nak bagi pada ustazah.”

Tetiba mata masuk habuk…

“Ya Allah… ustazah tak minta hadiah pun Huda… sini ustazah peluk awak. Kenapa awak bagi duit tabung awak?

“Saya tak ada duit banyak. Saya tak tau nak beli hadiah apa pada ustazah.”

Ya Allah dah 10 tahun mengajar ini pertama kali amat tersentuh dengan hadiah Hari Guru sebegini.

Semoga murid ini membesar menjadi anak yang patuh dan taat pada perintah Allah. Anak yang sangat solehah kepada ibu bapanya. Aamin.  MYNEWSHUB.CC

*Video sekadar hiasan…

Kategori