Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Jumlah Taman Laut Di...

PUTRAJAYA - Jumlah taman laut perlu diperbanyakkan dari semasa ke semasa di Malaysia...

Tak Mengaku Salah Langgar...

TAWAU - Seorang pemandu wanita mabuk yang menyebabkan kematian empat lelaki manakala seorang...

Banjir: Pembangkang Terus Ambil...

KUALA LUMPUR - Parti-parti pembangkang memang hebat mengambil kesempatan daripada bencana banjir yang...

Dakwaan Rasuah: Tiada Laporan...

PETALING JAYA : Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak menerima sebarang laporan daripada mana-mana...

Ibu Awet Muda Dianggap Sebagai Kekasih Anak Sendiri

LIU Yelin mula bekerja pada 1985 ketika berusia 17 tahun. Kini selepas tiga dekad, Liu yang sudah bersara, tetap kelihatan sama malah wajahnya tidak menampakkan sebarang perubahan.

Dengan wajah yang berseri tanpa sedikit pun kedutan dan badan yang solid, Liu, yang dilahirkan di Xinyang, China, telah mengejutkan ramai tatkala dia memberitahu usianya sudah mencecah hampir mencecah 50 tahun.

Ibu Awet Muda Dianggap Sebagai Kekasih Anak Sendiri

“Ramai yang terkejut apabila mereka tahu saya hampir 50 tahun. Ketika saya membeli belah, saya sering ditanya oleh orang ramai yang ingin mengetahui rahsia saya,’’ katanya yang dilahirkan pada 1968.

Disebabkan awet muda, ramai yang tersalah sangka bahawa anak lelakinya yang berusia 22 tahun sebagai kekasihnya.

Ibu Awet Muda Dianggap Sebagai Kekasih Anak Sendiri


Malah ketika menghadiri majlis perkahwinan rakan anaknya, ramai yang bertanya sama dia merupakan kekasih anaknya.

Walaupun Liu sering menyapu minyak zaitun ke badannya namun dia jarang menggunakan alat solek sebaliknya dia menganggap kegilaannya kepada aktiviti lasak menyumbang kepada wajah yang kelihatan muda.

“Saya berenang di tasik dan melakukan latihan angkat berat setiap hari,” katanya yang gemar berenang di dalam air sejuk terutama pada musim sejuk. – MYNEWSHUB.CC

Kategori