Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Azmin Tolak Dakwaan Anwar...

Menteri Besar Selangor yang baru, Azmin Ali menafikan keputusan kerajaan negeri dibayangi oleh...

Peguambela Dakwa Tertuduh Kes...

KAJANG – Peguambela Yiew Wei Liang, 41, dalam pertuduhan terhadap kematian Syed Muhammad...

Dovizioso Rangkul Kejuaraan MotoGP...

SEPANG - Penunggang Itali, Andrea Dovizioso yang mewakili pasukan Ducati merangkul kejuaraan MotoGP...

Izara Aishah Lancar Jenama...

PELAKON cantik Izara Aishah kini telah bergelar usahawan kosmetik dengan pelancaran produk sulung...

Ibu Bapa Sertai Pendidikan Anak Perlu Ditingkatkan

KUALA LUMPUR – Penyertaan ibu bapa dalam pendidikan dan aktiviti sekolah anak perlu ditingkatkan untuk menyesuaikan dengan kemajuan teknologi, kata Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanathan.

Beliau berkata berikutan kemajuan teknologi, ibu bapa pada masa depan dapat memantau aktiviti sekolah dari rumah dengan melayari portal sekolah untuk mengetahui program sekolah, tugasan pelajar dan menyemak kad laporan murid.

“Kita sebenarnya sedang mendemokrasian sistem pendidikan kita sekarang tetapi juga terdapat unsur-unsur penyertaan ibu bapa yang memainkan peranan penting, ” kata beliau kepada pemberita selepas melancarkan 150 pertama Bilik Darjah Frog di sini hari ini.

Kamalanathan berkata Bilik Darjah Frog, program pembelajaran maya (VLE) dilancarkan awal tahun lepas, bertujuan untuk mentransformasi bilik darjah di seluruh negara menjadi ruang pembelajaran abad ke-21 yang menggalakkan pembelajaran yang memberi tumpuan klepada teknologi.


Beliau berkata sejumlah 20,000 pelajar dan 950 guru di seluruh negara telah mendapat manfaat daripada program tersebut. – BERNAMA

Kategori