Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

DAP Disifatkan Seperti Buta,...

IPOH – Kepimpinan DAP disifatkan sebagai kepimpinan yang buta, tuli dan bisu kerana...

PRN Sarawak: Pejuang Tidak...

PUTRAJAYA – Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) memutuskan untuk tidak bertanding dan terlibat...

3 Lelaki Indonesia Didenda...

KOTA TINGGI - Tiga lelaki warga Indonesia masing-masing didenda RM16,500 oleh Mahkamah Sesyen...

Jual Produk Guna Elemen...

SESUATU produk itu akan laris di pasaran sekiranya kempen promosi, pemasaran dan pengiklanannya...

Idea Bernas Dialog TN50 Dilaksanakan Segera

KUALA LUMPUR – Idea-idea yang dicetuskan melalui Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) boleh dilaksanakan dengan segera selepas ia diperhalusi Kumpulan Masa Depan TN50, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Katanya perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selepas beliau melancarkan lima logo yang dipilih untuk dijadikan logo rasmi TN50 serta pengumuman Kumpulan Masa Depan TN50 hari ini.

“Tadi perdana menteri telah memaklumkan kepada saya, sebahagian daripada idea melalui proses TN50, terutamanya Kumpulan Masa Depan, idea-idea ini boleh dilaksanakan serta merta (dan) akan diumumkan dalam Bajet 2018.

“Selain itu, saya ingin nyatakan, perdana menteri turut menganggap proses ini sebagai satu usaha untuk kita bina masa depan bagi hadapi segala kemungkinan,” katanya kepada pemberita selepas majlis itu di sini.

Pelancaran Kumpulan Masa Depan TN50 itu menandakan Dialog TN50 kini memasuki fasa kedua sejak dimulakan Januari tahun ini.

Menurut kenyataan Kementerian Belia dan Sukan, kumpulan itu dianggotai 84 anggota belia dan 60 mentor daripada pelbagai latar belakang yang dipertanggungjawabkan untuk menganalisis dan memperhalusi aspirasi belia yang diterima dalam siri Dialog TN50 sebelum ini.


Selain itu, kumpulan berkenaan akan membantu menterjemah aspirasi-aspirasi yang diterima menjadi cadangan hala tuju dan matlamat yang lebih terperinci daripada perspektif belia bagi memastikan ia diterima sebagai sebahagian proses pembentukan program dan dasar kerajaan.

Sementara itu, Khairy berkata semua dapatan yang diperoleh daripada kumpulan berkenaan akan digabungkan menjadi Laporan Belia yang akan diserahkannya kepada Unit TN50 di bawah Unit Perancangan Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri bagi dijadikan asas kepada penghasilan Dokumen Polisi TN50 tahun depan.

Ditanya mengenai kriteria pemilihan anggota umpulan Masa Depan TN50, Khairy berkata terdapat dua kaedah pemilihan iaitu melalui Sekretariat TN50 dan pencalonan secara terbuka melalui laman media sosial.

“Kumpulan berkenaan diminta mengadakan sekurang-kurangnya empat sesi perbincangan secara mendalam bagi memastikan segala aspirasi yang terkumpul dapat diperhalusi serta diperbaiki untuk dibawa ke fasa ketiga pada September ini,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • TN50

Kategori