Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

PERHILITAN Buru Jerat Dawai

KUANTAN - Usaha mengesan dan memusnahkan jerat dawai dipasang pemburu haram untuk menangkap...

N.Sembilan Buka Kampung Tersusun...

SEREMBAN - Kerajaan negeri akan mewujudkan kampung tersusun di kawasan luar bandar bermula...

Penyalahgunaan Dadah Jenis Sintetik...

KOTA BAHARU - Penyalahgunaan dadah jenis sintetik seperti syabu dan pil kuda semakin...

“Nafsu Abang Susah Adik...

TIDAK serik dikecam netizen selepas beraksi lucah dalam video pemasaran produknya, anak pelakon...

Iklan Jualan Syabu Di Papan Tanda, Hentian Bas

KUALA LUMPUR – Tindakan melampau apabila terdapat tokan dadah berani menampal poster iklan berkaitan penjualan syabu dan ganja secara terbuka di kawasan awam.

Iklan menawarkan dadah kepada orang ramai itu dikesan sengaja ditampal di dinding, papan tanda awam dan hentian bas di sekitar ibu kota sehingga menarik perhatian orang ramai.

Tindakan itu meresahkan orang ramai yang membaca iklan itu lengkap disertakan nombor telefon dan alamat individu perlu dihubungi jika berminat membeli dadah serta ganja.

Salah seorang pengadu, Mohd. Yunus Abdullah, 34, berkata, dia terkejut apabila mendapati iklan itu ditampal di hentian bas berhampiran Transit Aliran Ringan (LRT) Miharja, di sini.

Menurutnya, poster itu menyatakan individu yang mahu membeli ganja atau syabu boleh menghubungi nombor telefon individu dikenali sebagai Wong. – myMetro Online

Kategori