Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Persepsi Kos Naik Kerana...

PONTIAN - Persepsi bahawa Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan menaikkan kos kehidupan...

Setuju Garis Panduan Ujian...

KUALA LUMPUR— Kementerian Kesihatan bersetuju untuk memperkenalkan garis panduan bagi ujian klinikal perubatan...

Notis Keputusan Kes Liwat...

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan akan mengeluarkan notis kepada pihak pendakwaan dan pembelaan tidak...

Wanita Nekad Potong Tangan,...

SEORANG wanita di Vietnam sanggup melakukan perkara yang tidak masuk akal dengan memotong...

IKM Disaran Terus Martabat Pendidikan TVET – Musa Aman

KOTA KINABALU – Institut Kemahiran Mara (IKM) disaran untuk terus memberi tumpuan utama dalam memartabatkan program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) bagi memastikan semua golongan muda, khususnya di Sabah, memiliki kepakaran dan kemahiran sesuai dengan permintaan pasaran kerja.

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata kedua-dua elemen itu amat penting dalam memacu produktiviti tenaga kerja serta meningkatkan lagi taraf hidup rakyat selain berupaya melonjakkan lagi pembangunan seterusnya mentransformasi ekonomi Sabah.

Musa berkata kerajaan negeri akan terus menyokong segala usaha dan initiatif Mara dalam menjayakan program untuk melahirkan modal insan berkualiti serta kompeten dengan meningkatkan penglibatan pelajar Sabah dalam program pendidikan TVET.

“Saya juga menggalakkan generasi muda Sabah untuk memanfaatkan peluang dengan menyertai pelbagai kursus dan program kemahiran ditawarkan IKM Kota Kinabalu kerana ia selaras dengan sektor teras yang terkandung dalam Dasar Hala Tuju Pembangunan dan Kemajuan Negeri Sabah,” katanya berucap pada Majlis Konvokesyen IKM Kota Kinabalu ke-10 di sini hari ini.

Teks ucapan beliau disampaikan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Masidi Manjun yang juga Exco Pendidikan negeri.


Turut hadir Pengerusi Sementara Mara Datuk Dr Yusof Yacob, Timbalan Pengarah Mara Sabah Abu Sufian Abu Hanipah dan Pengarah IKM Kota Kinabalu Meor Khairy Meor Abdullah Zawawi.

Seramai 579 graduan IKM Kota Kinabalu bagi sesi pengajian 2015-2016 dalam pelbagai bidang menerima sijil masing-masing pada majlis konvokesyen itu.

Sejak ditubuhkan pada 2002, IKM Kota Kinabalu melahirkan 2,697 graduan tenaga kerja mahir dalam pelbagai bidang kemahiran yang diceburi. – BERNAMA

Kategori