Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Sekurang-Kurangnya 10 Suspek Terlibat...

BANGKOK - Ketua Polis Diraja Thailand berkata, sekurang-kurangnya 10 individu disyaki terlibat dalam serangan...

Hasil Bedah Siasat Kedua...

KUALA LUMPUR - Keputusan hasil bedah siasat kedua ke atas mayat khususnya sampel...

Scha Bawa Bayi Bercuti...

PETALING JAYA - Pelakon Scha Al-Yahya, 29, menganggap keputusannya membawa anak sulungnya, Lara...

Harga Minimum Pakej Umrah...

KUALA LUMPUR - Kerajaan melalui Majlis Kawal Selia Umrah (MKSU) hari ini menetapkan...

Iktibar Trilogi Pengeboman Bangkok-Manchester-Jakarta

Pada 15 Mei lalu, sekali lagi Bangkok dikejutkan dengan insiden pengeboman di Hospital Tentera Phramongkutklao. Tragedi ini dikaitkan sebagai protes tiga tahun pemerintahan junta tentera di Thailand.

22 Mei pula, Manchester Arena yang baru saja selesai menikmati persembahan penuh ghairah Ariana Grande pula diledak letupan. Insiden nekad pengebom berani mati yang menyebabkan 22 nyawa terkorban.

Terbaru pada malam 24 Mei, stesen bas Kampung Melayu di Jakarta Timur menjadi sasaran pengeboman. Setakat ini mengorbankan lima nyawa termasuk dua suspek pengebom berani mati.

 

Apakah trend dan motif disebalik siri pengeboman ini?

Kalau diamati, ketiga-tiga sasaran pengeboman tertumpu di tempat awam yang sesak dan sibuk.

Modus operandi ini serupa dengan taktik yang sering digunakan militan Daesh.

Sasaran keganasan dituju pada kawasan awam seperti pusat hiburan, aktiviti keramaian yang berunsur maksiat dan kawasan pentadbiran kerajaan.

Ledakan bom berani mati ini satu bentuk ancaman dan amaran radikal yang kini merebak di banyak negara.


Fahaman militan ganas ini terhasil melalui manipulasi jihad dan diserap melalui fahaman agama yang ekstrim.
Dimanakah sasaran seterusnya?

Adakah di bazar Ramadan?

Atau dimajlis rumah terbuka hari raya?

Atau mungkin di konsert Ed Sheeran yang akan berlangsung di Malaysia pada 14 Nov ini?

Kawalan dan pemeriksaan keselamatan perlu lebih ketat. Sentimen keganasan dengan fokus lokasi awam berlaku di tiga lokasi berbeza dalam tempuh seminggu.

Walaupun sudah bosan dengan begitu banyak siri pengeboman, jangan cuai dengan keutamaan faktor kawalan keselamatan!

#laskarmalaya

-MYNEWSHUB.CC

Kategori