Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Aksi Murid Pegang Senjata,...

KUALA LUMPUR - Sebuah tadika di pinggir ibu negara dipantau pihak polis susulan...

Jenazah Tiga Beradik Selamat...

BACHOK - Jenazah tiga beradik, yang maut selepas kenderaan dinaiki merempuh sebuah lori...

Letupan Di Pasar Raya...

BANGKOK - Sekurang-kurangnya 30 orang cedera apabila dua bom meletup serentak di sebuah...

Mat Sabu Tuduh UMNO...

UALA LUMPUR - Kesan akibat penurunan harga minyak global cuma faktor kedua yang...

Industri Aplikasi Telefon Pintar Peluang ‘Emas’ Belia

SERAMAI 4.8 bilion pengguna telefon pintar dicatatkan pada akhir 2016 dengan jangkaan akan cecah 5.7 bilion pada tahun 2020. Kini, industri telefon pintar mengubah dunia secara total.

Sudah tidak asing bagi kita melihat masyarakat di kiri dan kanan sibuk melayan telefon pintar tidak kira ketika makan, berjalan, berkerja, malah hampir dalam segala aktiviti yang dilakukan.

Perkara ini berlaku kerana wujudnya pelbagai aplikasi yang mengganti gaya hidup kini dalam hal-hal hiburan, pendidikan, informasi, pekerjaan, perbelanjaan, dan sebagainya.

Perubahan ini telah membuka banyak peluang pekerjaan dan perniagaan baru. Sudah seharusnya peluang ini tidak disia-siakan oleh golongan belia negara ini.

Red Hat Mobile Maturity Survey” menunjukkan 90% syarikat di Amerika Syarikat (AS) telah menggunakan aplikasi mudah alih sebagai strategi bisnes.

Ditambah lagi dengan angka lebih dari 3,700 syarikat pereka aplikasi mudah alih dicatatkan pada awal 2017.

Di Malaysia sendiri terdapat beberapa syarikat pereka aplikasi mudah alih yang telah menempa nama dalam industri ini seperti Agmo Studio Sdn. Bhd., Terato Pte. Ltd., Tiseno Integrated Solutions Sdn. Bhd. dan puluhan lagi.

Harus diketahui golongan belia, teknologi hujung jari telah beri pelbagai kemudahan kepada kita. Belia boleh ikuti pelbagai kursus dalam talian, percuma ataupun berbayar, untuk latih diri dalam kemahiran pengaturcaraan komputer.


“Android App Development Kit”, “LibGDX”, “Appery.IO”, dan “Godot Engine” adalah antara perisian pembikinan aplikasi dan permainan mudah alih percuma untuk mereka yang ingin memulakan jenama sendiri.

Malaysia sebagai negara membangun menuju negara maju 2020, tidak akan tertinggal dengan perkembangan arus masa.

“Belia Harapan Bangsa” adalah sahutan untuk seluruh belia negara ini agar gigih berusaha dan sama-sama memartabatkan diri dan tanah air.

Ayuh! Sama-sama kita bangkit memaanfaatkan peluang keemasan ini. – MYNEWSHUB.CC

#laskarmalaya

Kategori