Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Hanez Suraya & Romie...

RASANYA baru lagi timbul gosip mengatakan pelakon kontroversi Hanez Suraya sudah temui pengganti selepas...

Duta Baharu Ke Indonesia...

SEPANG: Nama duta besar Malaysia yang baharu untuk ditugaskan ke Indonesia bakal diumumkan...

Isu Zakir Naik: Ibrahim...

KUALA LUMPUR - Presiden Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali hari ini...

Ibu Tunggal Muda Di...

KANGAR - Golongan ibu tunggal muda disaran menyertai Persatuan Ibu Tunggal (Perkit) Perlis,...

Inilah Lelaki Lahanat Yang Dorong Remaja Bunuh Diri

INILAH rupa lelaki yang menjadi dalang dalam permainan menjijikkan di mana dia menggalakkan remaja membunuh diri dalam Blue Whale game yang tersebar menerusi internet.

Lelaki ini, Philipp Budeikin, kini ditahan di lokap di Rusia selepas menggalakkan kira-kira 16 remaja perempuan membunuh diri.

Budeikin telah mengaku terlibat dalam jenayah itu dan dia berbuat demikian dengan alasan mahu ‘mencuci masyarakat’.

Dan ketika dia ditahan di penjara Kresty di St. Petersburg, Budeikin telah menerima berpuluh-puluh surat cinta daripada gadis remaja yang kebanyakannya jatuh cinta dengannya.

Blue Whale merupakan permainan di mana remaja akan ‘bermain’ permainan yang diberikan selama 50 hari dan pada hari terakhir, mereka akan diminta mencederakan diri sendiri.

Inilah Lelaki Lahanat Yang Dorong Remaja Bunuh Diri

Budeikin telah memulakan permainan terbabit pada 2013 dan sejak itu dia telah memperbaiki permainan itu dengan bantuan beberapa orang yang lain dengan sasaran menarik seramai mungkin pelajar sekolah untuk menyertainya.

“Mereka akan kumpulkan kanak-kanak ini kemudian memberikan tugas mudah. Kebanyakannya akan meninggalkan permainan itu kerana ia dianggap sebagai membosankan dan pelik.


Inilah Lelaki Lahanat Yang Dorong Remaja Bunuh Diri

“Hanya yang betul-betul kuat akan dimanupulasi. Mereka diberi tugas supaya mengimbangkan badan atas bumbung, tonton cerita seram pada pukul 4 pagi dan membunuh binatang kemudian memuatnaik video itu sebagai bukti.

“Kumpulan kecil yang masih berada dalam permainan berkenaan akan mengikut arahan dan bersedia melakukan tugas yang diberikan. Remaja ini menganggap diri mereka sebagai penting,” kata polis.

Selepas penahanan Budeikin, laman web berkenaan terus mempromosikan kematian. – MYNEWSHUB.CC

Kategori