Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Polis Cari Pengarah Syarikat...

PUTRAJAYA - Polis sedang mengesan seorang pengarah syarikat Rossington Consolidated Sdn Bhd (RCSB)...

ATM Kekal Dalam Saingan...

KUALA LUMPUR - Usahasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) mengekalkan penyertaan pasukan...

1 Maut, 3 Parah,...

BUTTERWORTHĀ - Sebuah pesawat ringan milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terhempas di kawasan...

Seleweng Pembahagian Tanah, GGF2...

PUTRAJAYA ā€“ Pertubuhan Gerak Generasi Kedua Felda Bukit Cherakah (GGF2) hari ini membuat...

Insentif Perlu Diberi Kepada Anggota SRS

BAGAN SERAI – Jabatan Perpaduan Negara dan Integriti Nasional diminta memberikan insentif dalam usaha menarik golongan muda menyertai Skim Rondaan Sukarela (SRS).

Anggota Parlimen Bagan Serai Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata ini kerana pembabitan golongan berkenaan dapat membantu mengurangkan jenayah dalam kalangan masyarakat di samping mengelak mereka daripada terjebak dengan gejala tidak sihat.

Beliau berkata sumbangan golongan muda itu amat diperlukan kerana SRS jelas menjadi alat perpaduan dan mengurangkan indeks jenayah.

“Kita percaya dengan pemberian insentif itu akan menggalakkan golongan muda menyertai SRS dan membantu polis dalam membanteras jenayah setempat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Jom Ronda SRS Bersama Polis peringkat Daerah Kerian di Taman Bagan Serai dekat sini malam tadi.


Ia juga dilihat mampu memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat kerana penyertaan dalam SRS membabitkan semua kaum, katanya sambil menambah Kerian mempunyai 16 SRS di 23 kawasan Rukun Tetangga.

Ketua Polis Daerah Kerian Supt Omar Bakhtiar Yaacob pula mengingatkan anggota SRS supaya tidak bertindak menyalahi undang-undang dan memaklumkan kepada polis jika mereka berhadapan dengan keadaan yang memerlukan bantuan anggota keselamatan. – BERNAMA

Kategori