Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

KWSP Tak Akan Buat...

KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak akan menggadaikan masa depan...

Video: Aksi Dua Pemandu...

MEMANDU kereta tidak kira mahal atau murah bukanlah melambangkan tahap pemikiran seseorang kerana...

Lagi Buaya Besar Ditangkap...

KUCHING - Pasukan Tindakan Cepat Hidupan Liar (SWAT) Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) menangkap...

Unik..Wally Si Arnab Paling...

MUNGKIN inilah arnab yang paling comel pernah wujud !Jom kita berkenalan dengan Wally...

Insiden Bom Iktibar Bahaya Fanatik Keagamaan

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia perlu mengambil iktibar daripada serangan pengganas ke atas terminal bas di Jakarta Timur dan Manchester tentang bahaya fanatik keagamaan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Mohamed Azmin Ali berkata, rakyat Malaysia perlu juga mengambil iktibar tentang bahaya ajaran radikal dan ideologi melampau atas nama agama berdasarkan insiden itu.

“Serangan yang ganas dan kejam ini tidak boleh dipertahankan dan tiada alasan atau justifikasi supaya ia diterima. Semua pelaku mesti di bawa ke muka pengadilan.

“Kita semua harus mengambil pelajaran bahaya dan ancaman yang dihadapi disebabkan fanatik agama, budaya permusuhan dan kebencian dan penyebaran ajaran radikal dan ideologi melampau atas nama agama,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Baru-baru ini berlaku kejadian pengeboman di Manchester dan Jakarta yang mengorbankan banyak nyawa dipercayai dilakukan oleh kumpulan militan Islam.


Pada 23 Mei lalu, sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh, manakala 50 lagi dilaporkan cedera dalam kejadian dipercayai serangan keganasan di Manchester Arena sebelum satu lagi kejadian pengeboman berlaku di Indonesia. – MYNEWSHUB.CC

Kategori