Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Cara ‘Unik’ Operator TNB...

Bercakap depan cermin. Mungkin suatu perbuatan pelik malah seseorang individu yang melakukannya akan...

Majikan Kurang 5 Pekerja...

KUALA LUMPUR : Kerajaan memutuskan untuk menangguhkan penguatkuasaan gaji minimum RM1,500 membabitkan majikan...

Hello, Mohamad Sabu Ganti...

BUKAN senang menjadi orang nombor dua, sama ada dalam parti lebih-lebih lagi dalam...

Punca Kuasa Penubuhan, Tadbir...

KUALA LUMPUR : Akta Universiti Kolej Universiti 1971 (AUKU) disifatkan masih penting kerana...

Insiden Tampar: PTVM Mohon Maaf Bagi Pihak MIG, David

KUALA LUMPUR – Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM) hari ini memohon maaf bagi pihak anggotanya, Metroweatlh (MIG) Sdn. Bhd. dan Ketua Pegawai Eksekutifnya David Teo yang didakwa bersikap biadap semasa sesi dialog program Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang dihadiri Perdana Menteri semalam.

Presiden PTVM, Datuk Jurey Latiff Rosli berkata pihaknya yakin tindakan David, sehingga ditampar seorang pelakon, tidak berniat untuk berlaku biadap atau merosakkan majlis dan kejadian berlaku tanpa dirancang.

“Ini satu kerugian besar yang mana peluang baik disia-siakan dengan insiden buruk tersebut. Harapan saya sebagai Presiden PTVM, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dapat memaafkan David dan Mat Over serta tidak serik untuk terus membantu industri kreatif negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam kejadian itu, pelakon Mat Over atau nama sebenarnya Sulaiman Yasin menampar David sehingga sesi Dialog TN50 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersama Penggiat Seni yang diadakan di Seri Perdana, Putrajaya dihentikan seketika.

Kekecohan bermula apabila David menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap pelakon dan penerbit Datuk Rosyam Nor, yang berperanan sebagai moderator didakwa hanya memberi fokus kepada penonton di barisan hadapan sebelum tiba-tiba ditampar oleh Mat Over.


Jurey turut menyuarakan kekesalannya kerana pengisian program dan perancangan untuk kemajuan industri kreatif serta masa depan penggiat seni seperti yang dirancang tidak diperkatakan apabila ia ditenggelami oleh insiden berkenaan.

Katanya lagi kejadian tersebut amat memalukan dan mencalar imej penggiat seni apabila ia berlaku di hadapan pemimpin sehingga tular dan ditafsirkan dengan pelbagai komen. – BERNAMA

Kategori