Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Pemilik Didakwa Cuai Punca...

KIRA-KIRA 300 ekor lembu ditemukan mati dalam longgokan setinggi tiga meter di terusan...

PABM 2017: 25 Layak...

BANGI - Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM 2017) Piala Perdana Menteri yang...

RM2,700 Adalah Anggaran Gaji...

KUALA LUMPUR – Pendapatan bulanan sebanyak RM2,700 yang dipaparkan Laporan Tahunan 2017 Bank...

8 Beradik Termasuk Bayi...

Seramai lapan kanak-kanak berusia dari bayi sehingga remaja ditemui mati dibunuh di sebuah...

Institusi Pondok Perlu Berdaftar Dengan MAIK

PASIR PUTEH – Institusi pondok di Kelantan diminta berdaftar dengan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Kelantan (MAIK) bagi membolehkan pusat pengajian itu mendapat bantuan sewajarnya.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata antara bantuan yang boleh diperoleh termasuk melakukan pendawaian semula bekalan elektrik bagi mengurangkan risiko kebakaran.

“Terdapat institusi pondok di Kelantan tidak mengikut piawaian pendawaian elektrik yang ditetapkan oleh pihak berkuasa dan ia menjadi satu daripada punca kebakaran.

“Kemungkinan pengurusan pondok tidak mempunyai kewangan yang mencukupi, justeru mereka digesa berdaftar dengan MAIK kerana kerajaan persekutuan telah meluluskan sejumlah peruntukan bagi menangani masalah berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2017 Peringkat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan di Dewan Uthmaniah, Kampung Pulai Lima di sini hari ini.


Turut hadir Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerak Datuk Zawawi Othman, ADUN Selising Zulkifli Ali dan Pengarah JBPM Nazili Mahmood.

Asyraf Wajdi mengulas mengenai beberapa siri kebakaran membabitkan pusat pengajian tersebut yang sering berlaku sejak akhir-akhir ini di negeri ini. – BERNAMA

Kategori