Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Bernas Sedia Bantu Kurang...

ALOR SETAR - Syarikat Padiberas Nasional Bhd (Bernas) sedia memberi khidmat nasihat dalam...

Najib, PM Yang Prihatin...

KUCHING - Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem berkata beliau memberikan sokongan penuh...

Harga Runcit Petrol RON97...

PUTRAJAYA: Harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 10 sen kepada paras RM4.55 seliter...

Sindiket Tumpas, Dadah RM1.5...

KUALA LUMPUR: Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah selepas merampas pelbagai jenis bahan terlarang...

Integrasi Ekonomi Di Asia Pasifik Mustahil Tanpa, China

KUALA LUMPUR – Integrasi ekonomi di Asia Pasifik adalah mustahil tanpa penyertaan Amerika Syarikat (AS) dan China memandangkan kedua-dua negara itu mempunyai kepentingan besar terhadap kesan ekonomi di rantau itu, kata Felo Kanan Institut Peterson bagi Ekonomi Antarabangsa AS Jeffrey J. Schott.

Beliau berkata bagi setiap satu ekonomi utama adalah sukar untuk bekerjasama secara dua hala kerana didorong perasaan curiga yang sekian lama wujud justeru lebih mudah jika berurusan di peringkat serantau.

“Cara itu juga boleh membantu menguruskan pergeseran politik dengan lebih baik sebab itu Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) sejak sekian lama meneruskan perdagangan bebas di Asia Pasifik dengan China dan AS,” katanya kepada Bernama di luar Forum Asia Pasifik (APR) yang berakhir pada Rabu.

Menurut Schott, berdasarkan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) perjanjian perdagangan bebas yang dicadangkan dan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) bertindak sebagai pelengkap dan bukan perbandingan.

Katanya, adalah penting bagi negara-negara RCEP bersama-sama membantu kemajuan pembangunan ekonomi dan integrasi.


“Maksudnya RCEP bertindak sebagai pemudah cara dalam aspek mewujudkan kerjasama dengan negara-negara jiran di Eropah untuk memulakan integrasi yang tidak memerlukan pembaharuan ekonomi yang memacu pertumbuhan dalam tempoh singkat dan sederhana.

“Ia juga memberikan manfaat penting kepada negara yang menyertai RCEP dan TPP.Tujuh daripada 16 peserta dalam RCEP turut menandatangani TPP. Jadi negara yang mahu bekerja bersama-sama dengan negara jiran dan bersedia untuk melaksanakan pembaharuan ekonomi lebih mendalam boleh melakukan kedua-duanya,” jelas beliau.

RCEP dianggotai 10 negara ASEAN iaitu Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand, Brunei, Kemboja, Laos, Myanmar dan Vietnam termasuk enam rakan dagangan utama iaitu Australia, China, India, Jepun, Korea Selatan dan New Zealand. – BERNAMA

Kategori