Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Operasi Tembak Gagak Di...

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menjalankan operasi menembak burung...

MB Masih Digantung Isu...

SEREMBAN – Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan mengakui bahawa beliau telah digantung...

Al-Sultan Abdullah Dukacita Laporan...

KUANTAN - Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dukacita dan kecewa...

Isteri Jumpa Video Aksi...

HATI seorang isteri hancur luluh apabila menemui video aksi seks suaminya bersama beberapa...

Jabatan Imigresen Kelantan Tahan GRO Warga Thailand

KOTA BHARU – Jabatan Imigresen Kelantan menahan enam wanita warga Thailand selepas disyaki menyalahgunakan Pas Lawatan Sosial untuk bekerja sebagai pegawai perkhidmatan pelanggan (GRO) di dua buah premis berasingan di Gua Musang, semalam.

Pengarah Imigresen Kelantan, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata selain enam wanita tersebut yang berusia antara 22 dan 47 tahun itu, pihaknya turut menahan seorang lelaki tempatan disyaki melindungi warga asing berkenaan.

Serbuan di dua lokasi itu adalah sebahagian daripada Ops Gegar Jabatan Imigresen Kelantan bagi mengesan kehadiran warga asing khususnya wanita yang bekerja sebagai GRO, katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata dalam serbuan bermula pukul 11 malam tadi, enam wanita terbabit sedang leka melayan pelanggan di premis hiburan berkenaan.


Wan Mohammed Saupee berkata pemilik premis akan menyediakan perkhidmatan karaoke dengan hidangan arak manakala wanita terbabit ditugaskan untuk melayan pelanggan yang kebanyakannya penduduk tempatan dan pekerja warga asing.

Beliau berkata kesemua enam wanita terbabit dihantar ke Depot Tahanan Imigresen Tanah Merah untuk tindakan selanjutnya. – BERNAMA

Kategori