Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Polis Berjaya Tahan Lelaki...

KINABATANGAN - Lelaki yang disyaki membunuh bekas isteri dan anak tirinya berjaya...

Calon Presiden: Ku Li...

SEDIA... Tengku Razaleigh Hamzah mengakui sedia berdebat dengan dua lagi calon Presiden UMNO,...

Peserta PABM 2016 Menghadiri...

KESEMUA peserta pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu 2016 (PABM 2016) dibawa ke Universiti...

Sambutan Maal Hijrah: Kartunis...

KARTUNIS terkenal, Datuk Mohammad Nor Khalid atau lebih dikenali sebagai Lat menerima anugerah...

Jambatan Runtuh Di India, 2 Maut 30 Hilang

NEW DELHI – Dua terbunuh manakala 30 lagi hilang selepas sebuah jambatan runtuh di Goa barat India, kata seorang pegawai lapor agensi berita China Xinhua.

Jambatan di sungai Sanvordem di kampung Curchorem di Goa Selatan itu runtuh pada Khamis petang.

“Kira-kira 50 orang dipercayai jatuh ke dalam sungai. Dua mayat mangsa ditemukan lewat malam dan usaha mencari mangsa yang hilang masih diteruskan,” kata seorang pegawai kanan polis.

Menurut polis, sebahagian mangsa berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke tepi tebing sungai.

“Dikhuatiri terdapat mangsa terperangkap dalam runtuhan, jadi kita akan menjalankan operasi mencari di bawah runtuhan,” katanya.


Menurut penduduk tempatan, jambatan usang berkenaan telah ditutup kepada lalu lintas sejak empat tahun lepas.

Radio All India (AIR) pada Jumaat berkata, beberapa mangsa yang hilang dikhuatiri terkorban.

Menurut saksi, jambatan itu dipenuhi orang ramai menyaksikan pegawai bomba dan penyelamat sedang menyelamatkan seorang pemuda yang cuba membunuh diri dengan terjun ke dalam sungai. – BERNAMA

Kategori