Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Bomba Selamatkan Anggota Polis...

SIK: Seorang anggota polis nyaris maut selepas dipatuk ular kapak di Hutan Simpan...

Lima Sebab Kenapa Pilihan...

1. Menstabilkan Semula EkonomiFaktor sebuah kerajaan dengan mandat rakyat adalah antara keutamaan pelabur...

Wanita Maut Dalam Kemalangan...

MIRI - Seorang wanita berusia 26 tahun maut apabila kenderaan yang dipandunya terbabas lalu melanggar sebatang pokok di...

Tokoh Politik India Akhirnya...

SEORANG tokoh politik terkenal di India, kini berdepan hukuman penjara 10 tahun selepas...

Jangan Terpedaya Dengan Berita Palsu, Kata PM

KUALA LUMPUR – Masyarakat di negara ini dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan berita palsu kerana ada pihak-pihak tertentu yang ingin ‘memberikan gambaran berbeza’ tentang Malaysia, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata pihak-pihak yang terlibat melakukannya demi kepentingan mereka sendiri dan menyebarkan berita-berita tidak benar mengenai negara ini.

“Jadi, jangan tertipu dengan berita palsu. Sudah lebih daripada cukup dan kita tidak mahu ia mengaburkan pencapaian dan kejayaan program transformasi Malaysia, satu transformasi bagi semua rakyat Malaysia, apapun pandangan mereka, yang harus dibanggakan,” katanya semasa menyampaikan ucaptama pada Persidangan Minyak dan Gas Asia ke-19 di sini hari ini.

Persidangan dua hari yang bermula hari ini membawa bersama-sama pemimpin industri terkemuka, pembuat dasar dan perwakilan dari seluruh dunia.

Najib berkata orang yang benar-benar tahu mengenai Malaysia juga menyedari terdapat banyak sebab untuk mempunyai keyakinan terhadap negara ini.

Najib berkata orang sedemikian tahu bahawa di bawah kepimpinan kerajaan ini, terdapat tahun-tahun pertumbuhan yang sihat, yang melahirkan 2.26 juta pekerjaaan baharu.


Beliau juga berkata kadar pengangguran dan inflasi telah dapat dikurangkan dan Pendapatan Negara Kasar telah meningkat hampir 50 peratus.

“Perkara ini tidak akan berlaku secara kebetulan. Ia berlaku kerana kerajaan mempunyai rancangan. Rancangan itu telah dapat disampaikan dan akan terus disampaikan,” kata Najib. – BERNAMA

Kategori