Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Elyana Ditemukan Kurus Kerana...

JOHOR BAHRU : Remaja Austisme yang hilang selepas keluar dari rumah keluarga di...

JIM Akur Sasar Kerajaan...

PUTRAJAYA - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) akan akur dengan ketetapan kerajaan berhubung kemasukan...

KPN Sahkan Khidmat Pengiring...

KOTA KINABALU - Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini...

Bilik Transformer Planetarium Melaka...

MELAKA - Bilik transformer yang terletak di luar Kompleks Planetarium Melaka, Ayer Keroh,...

Jaringan Akhir Mat Yo Tuah Buat Felda United

JARINGAN Nor Shahrul Idlan Talaha atau Mat Yo pada minit terakhir perlawanan membantu Felda United mencatatkan kemenangan tipis 2-1 ke atas pasukan tercorot Liga Super, Pulau Pinang di Stadium Negeri di Baru Kawan, malam tadi.

Pada satu-satunya perlawanan liga semalam, skuad ‘The Fighters’ terlebih dahulu membuka jaringan menerusi pemain import dari Argentina, Lucas Matias Cano pada minit ke-16.

Bersambung babak kedua, skuad Harimau Kumbang berjaya menyamakan kedudukan menerusi penyerang import dari Papua New Guinea, Nigel Dabinyaba pada minit ke-54, sebelum Nor Shahrul mengesahkan tiga mata penuh bagi skuad kendalian B. Sathianathan pada minit ke-89.

Terdahulu, Kommisioner Perlawanan M.Elagkoven, terpaksa menangguhkan perlawanan selama sejam, akibat hujan lebat yang menyebabkan permukaan padang becak dan dinaiki air serta tidak sesuai untuk memulakan perlawanan.


Kemenangan itu juga membantu Felda United melonjak ke tangga keenam carta dengan 14 mata selepas 12 perlawanan, manakala Pulau Pinang kekal di tangga tercorot dengan lima mata.

Dalam dua lagi aksi liga Selasa ini, Sarawak akan menerima kunjungan Selangor di Stadium Negeri Kuching, manakala PKNS FC akan bertemu Kedah di Stadium Shah Alam. – BERNAMA

Kategori