Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Penduduk Kajang Yakin MRT...

KAJANG – Pelancaran perkhidmatan fasa dua Transit Aliran Massa (MRT) laluan Semantan-Kajang, Isnin ini, sudah pasti membawa sinar baharu dalam kehidupan penduduk Kajang dan kawasan sekitarnya yang...

SPRM Saran Syarikat, Entiti...

PUTRAJAYA - Syarikat atau entiti perniagaan disaran memperkasakan nilai integriti di organisasi masing-masing...

Menang Saman Selepas Gambar...

SEORANG wanita Nepal berjaya memenangi tuntutan saman sebanyak USD7.25 juta (RM31.2 juta) terhadap...

Penduduk Klang Pertimbang Saman...

Penduduk Klang di Selangor mempertimbangak untuk saman kerajaan kerana didakwa cuai dalam penguruskan...

Jawi Pergiat Rondaan Dan Operasi Sepanjang Ramadan

KUALA LUMPUR – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) mempergiat rondaan dan operasi pencegahan sepanjang Ramadan bagi memastikan masyarakat Islam menghormati bulan puasa itu.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Jawi, Wan Jaafar Wan Ahmad berkata bagi tujuan itu, pegawai penguat kuasa ditempatkan di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

“Pada hari pertama Ramadan semalam, tiga tangkapan dibuat sewaktu rondaan di kawasan Sungai Besi (di sini) atas kesalahan makan di siang hari di tempat awam tanpa menghormati bulan Ramadan.

“Jika orang Islam tidak boleh berpuasa atas sebab tertentu seperti sakit atau uzur, ini tidak bermaksud mereka boleh makan di khalayak ramai di bulan Ramadan. Itu yang menjadi kesalahan kerana tidak menghormati bulan Ramadan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata mereka yang didapati bersalah tidak menghormati Ramadan boleh diambil tindakan mengikut Seksyen 15 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.


Individu yang disabitkan kesalahan boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan yang kedua atau berikutnya boleh didenda tidak lebih RM2,000 atau dipenjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya.

Wan Jaafar berkata Jawi turut mengeluarkan poster kesedaran kepada masyarakat mengenai ibadah puasa serta maklumat berkaitan tindakan yang boleh diambil jika melanggar peraturan. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • JAWI

Kategori