Wednesday, October 23, 2024

Creating liberating content

Semak Kesahihan Sebelum Sebar...

KUALA LUMPUR - hari ini menggesa orang ramai untuk menyemak dahulu kesahihan segala...

Kalau Nak Hentam, Hentam...

SUSULAN kritikan masyarakat tentang kenyataannya terhadap Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim semalam,...

Pengorbanan Ibu, Tolak Kimoterapi...

CHINA – Seorang pengacara program televisyen yang sanggup berkorban demi anak yang dikandungnya...

Isu Penstrukturan Lewatkan Loji...

KUALA LUMPUR - Isu penstrukturan air serta pertukaran kerajaan negeri di Selangor menyebabkan...

JDT Menang Tipis 3-2 Terhadap Ceres Negros

JOHOR BAHRU – Pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) menang tipis 3-2 ke atas pasukan dari Filipina, Ceres Negros FC dalam aksi pertama separuh akhir Zon Asia Tenggara Piala AFC 2017 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam ini.

Tirai jaringan terlebih dahulu diraih pasukan tuan rumah apabila import, Gonzalo Cabrera dengan mudah memperdaya penjaga gol Ceres, Roland Muller dengen lecekan bergaya pada minit ke-17.

Bagaimanapun, skuad bimbingan Risto Vidakovic berjaya mendapatkan gol penyamaan tiga minit selepas itu apabila Jose Porteria membantu penyerang mereka, Fernando Rodriquez memperoleh gol pertama pasukan apabila hantarannya berjaya ditanduk masuk pemain berkenaan.

Belum berakhir keperitan itu, pasukan lawat sekali lagi menambah jaringan pada minit ke-24 melalui lecekan Bienvenido Maraa On.

Peluang keemasan JDT untuk merapatkan jurang muncul pada minit ke-42 namun percubaan rembatan kencang terus Ahmad Bakri dari luar kotak penalti berjaya dinafikan.


Sambil terus bertahan, pemain pertahanan, Muhammad Fazly Mazlan kemudiannya membantu Safiq Rahim memperoleh gol kedua pasukan apabila hantarannya diakhiri dengan penyudah pada minit ke-44.

Bermain di babak kedua, JDT tidak perlu menunggu lama untuk menyelesakan kedudukan apabila rembatan Hazwan Bakri mengenai gawang lawan pada minit ke-67.

Keputusan 3-2 itu kekal hingga wisel penamat. – BERNAMA

Kategori