Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

20 Rumah Di Merlimau...

JASIN - Sebanyak 12 rumah di Kampung Paya Lengkong dan lapan di Kampung...

Bapa Rogol Anak Tiri...

PETALING JAYA - Seorang penjaga stor dijatuhi hukuman 29 tahun penjara dengan 20...

Mydin Buka Cawangan Pasar...

KUALA NERUS - Mydin Mohamed Holdings Bhd membuka cawangan pasar rayanya yang keenam...

Video: ‘Tiada Siapa Yang...

KHABAR angin di media sosial yang mendakwa pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Safee...

JDT Rombak Pemain Mahu Kalahkan Ceres Negros

JOHOR BAHRU – Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) akan membuat rombakan pemain secara keseluruhan terutama di bahagian pertahanan bagi mengekang kemaraan pasukan Ceres Negros dalam aksi separuh akhir Zon ASEAN Piala AFC, di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, di sini malam esok.

Jurulatih JDT Ismail Ibrahim berkata ini berikutan dua tonggak pertahanan Harimau Selatan, Aidil Zafuan dan Fadhli Shas masih belum pulih daripada kecederaan.

“Kami tidak mempunyai masalah untuk bermain, sesiapa pun yang akan turun pada perlawanan esok, mereka sudah bersedia dan tahu tanggungjawab masing-masing. Pasukan JDT sentiasa mempunyai tenaga pemain yang mencukupi selain kesemua mereka sedang berada di tahap paling memuaskan.

“Bagi dua pemain yang cedera, Aidil dan Fadhli, ia tidak menjadi masalah sebab kami ada tiga lagi pemain seperti Dominic (Dominic Tan), Hasbullah (Hasbullah Abu Bakar) dan Amirul (Amirul Hadi Zainal) yang juga boleh bermain di posisi itu,” katanya pada sidang media mengenai perlawanan JDT-Ceres Negros, Filipina hari ini.

Menurutnya, skuad Harimau Selatan juga tidak mempunyai masalah dengan barisan pemain import, berikutan keadaan Gonzalo Cabrera yang beransur pulih dan pihaknya sedang cuba mencari posisi terbaik untuknya bermain bersama Gabriel Guerra.

Tambahnya, sasaran mesti menang perlu bagi memastikan bekalan selesa dapat dikutip sebelum berkunjung ke Pana-ad Park Football Stadium, Bacolod City dalam aksi timbal balik pada 31 Mei ini.


“Ia bukan perlawanan yang mudah, jadi kami akan guna segala kelebihan yang ada untuk memastikan kemenangan dan dapat jumlah jaringan selesa di sini. Piala AFC memang sangat penting buat kami dan beraksi di final adalah sasaran pasukan untuk tahun ini,” katanya.

Menurut Ismail, persiapan rapi juga telah dibuat selain menjalani rutin latihan baharu bagi memastikan faktor ambil mudah di akhir perlawanan seperti beberapa aksi sebelum ini tidak berulang.

“Kami juga sudah tengok gaya permainan lawan, mereka bukan pasukan yang mudah dan mempunyai ramai pemain bagus, jadi fokus memang tak boleh hilang dalam aksi di sini nanti.

“Selain itu, dalam dua hari sebelum ini juga kami telah melakukan persiapan untuk barisan pemain sentiasa fit dan kekal bertenaga hingga tamat permainan,” katanya. – BERNAMA

Kategori