Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Volvo Malaysia Sasar 5...

KUALA LUMPUR - Volvo Car Manufacturing Malaysia Sdn Bhd menyasarkan pasaran eksport lebih...

Annuar Musa Temui Pemain...

KOTA BHARU - Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa...

Ahli Parlimen Jelutong Ada...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer mempunyai jasa kepada Utusan Malaysia...

1,000 Himpun Di Masjid...

KIRA-KIRA 1,000 orang berhimpun di Masjid Negara untuk membantah tindakan pihak yang menghina...

JDT Terperanjat PKNS Guna Formasi 5-3-2

KUALA LUMPUR – “Saya tidak mengukur pemain-pemain saya dengan jumlah gol yang mereka sumbangkan walaupun ia satu benda yang perlu dibuat sebagai seorang penyerang”

Demikian ulasan Ketua Jurulatih Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora berhubung persembahan sulung bekas pemain import Kelantan, Mohammed Ghaddar bersama pasukan itu malam tadi.

Kata beliau, Ghaddar telah mencuba dengan baik dalam perlawanan itu serta banyak berlari dan melibatkan diri dalam kotak penalti, tetapi gagal menjaringkan gol walaupun membuat beberapa percubaan.

“Bagaimanapun, saya tetap berpuas hati kerana beliau telah mencuba sehabis baik,” ujarnya dalam satu kenyataan di laman Facebook rasmi JDT hari ini.

JDT menang 1-0 ke atas PKNS dalam aksi Liga Super 2017 di Stadium Shah Alam, Selangor malam tadi.

Bagaimanapun, segelintir penyokong JDT mengkritik aksi Ghaddar kerana tidak seperti yang diharapkan mereka.

Terdahulu, Mora berkata, JDT mencipta peluang memecahkan kesukaran menghadapi pasukan PKNS malam tadi, tetapi malangnya ia bukan satu malam yang terbaik untuk Ghaddar.


“Namun ia tidak mengapa. Beliau akan membiasakan dirinya dengan rakan sepasukan yang lain. Beliau seorang pemain yang baik dan akan menyumbatkan gol,” katanya.

Beliau dalam pada itu mendakwa pasukannya menghadapi kesukaran berhadapan PKNS kerana pasukan lawan menggunakan formasi yang tidak dijangka iaitu 5-3-2.

Menurut beliau, formasi itu membolehkan bahagian sayap PKNS memberikan masalah kepada JDT yang menggunakan formasi 4-2-3-1.

“Saya kemudiannya menukar strategi kepada formasi ‘diamond’ dan ianya berkesan membantu kami menguatkan bahagian tengah.

“PKNS sentiasa memberi saingan dan ini agak memeranjatkan kerana mereka beraksi berbeza sepertimana selalunya mereka bermain,” katanya. -MYNEWSHUB.CC

Kategori