Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Lelaki Kurang Siuman Rempuh...

SITIAWAN - Polis terpaksa melepaskan dua das tembakan sebelum menahan seorang lelaki yang...

Komander Hizbullah Fuad Shukr...

GLOBAL l Kumpulan Hizbullah Lubnan mengesahkan bahawa komander kanannya, Fuad Shukr terbunuh dalam...

Cadang Hari Wartawan Mulai...

AMBON (INDONESIA) - Kerajaan merancang mengadakan Hari Wartawan Kebangsaan Malaysia mulai tahun ini...

Juruterbang Dituduh Tembak MH17...

SEORANG juruterbang tentera Ukraine yang dituduh menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17 pada...

Provokasi Korea Utara: Jepun Mahu China Main Peranan

TOKYO – Ketua sekretariat Majlis Keselamatan Negara Jepun Shotaro Yachi pada Isnin menggesa China memainkan peranan lebih besar dalam menangani ancaman pelancaran peluru berpandu Korea Utara, lapor agensi berita Jepun Jiji Press.

Provokasi Korea Utara telah memasuki “peringkat baharu ancaman”, kata Yachi kepada anggota Majlis Perbandaran China Yang Jiechi pada satu mesyuarat di wilayah Kanagawa, barat daya Tokyo.

Yachi meminta kerjasama Beijing untuk menyekat tindakan Pyongyang menerusi sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke atas Korea Utara.

Rundingan itu diadakan selepas Korea Utara melakukan ujian peluru berpandu balistik kesembilannya tahun ini pada Isnin.

Yachi dan Yang bersetuju bahawa Tokyo dan Beijing terus meningkatkan kerjasama termasuk di peringkat PBB berhubung kait tindak balas terhadap provokasi Korea Utara.


Selain itu, kedua-dua pihak turut mengesahkan Jepun dan China akan berusaha memperbaiki hubungan dua hala.

Yachi dan Yang juga membincangkan kemungkinan mengadakan sidang kemuncak dua hala di luar Mesyuarat Kumpulan 20 di Jerman pada Julai dan mesyuarat tiga hala antara pemimpin Jepun, China dan Korea Selatan tahun ini selain bertukar-tukar pandangan mengenai situasi di Laut China Selatan. – BERNAMA

Kategori