Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Wanita Selamatkan 100 Anjing...

SEORANG wanita dari China menyelamatkan 100 ekor anjing daripada menjadi santapan sempena Festival...

Polis Rampas 13.2 Gram...

SANDAKAN - Polis merampas 13.2 gram syabu selepas menahan seorang lelaki berusia 37...

Minum Kopi Kurang Risiko...

NEW YORK - Tabiat minum kopi dikaitkan dengan kadar kematian lebih rendah dan...

Lelaki Maut Dihempap Wanita...

SEOUL - Malang tidak berbau apabila lelaki berusia 68 tahun maut selepas dihempap...

Jerut, Cekik Dan Sumbat Kekasih Dalam Plastik

SEORANG lelaki di Indonesia tergamak membunuh kekasihnya yang hamil dan disumbat ke dalam plastik sebelum dibuang ke sungai, lapor Tribunews.

Dalam kejadian 27 April lalu di Demak, Jawa Barat, mangsa, Ayu Kurniandani, 19, dibunuh oleh teman lelakinya, Umar Sodiq, 25, kerana mangsa sering mendesak meminta kandungannya itu digugurkan.

Mayat wanita malang itu ditemui oleh nelayan pada keesokan hari dalam keadaan masih dijerut di dalam bungkusan plastik di Sungai Wulan, Bungo, di sini.

Difahamkan, Umar dan Ayu sudah menjalinkan hubungan cinta selama lima bulan.

Dalam keterangan kepada polis 5 Mei, Umar mengaku dia berang dengan Ayu yang setiap hari merengek meminta kandungannya digugurkan, sedangkan dia bersedia untuk bertanggungjawab.

“Saya menyesal tetapi tidak tahan dengan rengekkannya yang meminta kandungan digugurkan.

“Langsung saya cekik dia selama 20 minit dan dia melawan. Kemudian saya jerut lehernya dengan tudung.

“Setelah membunuhnya, saya menyumbat mayatnya dalam guni dan buang ke dalam sungai sebelum melarikan diri ke luar kota,” katanya sambil menunjukkan bagaimana dia melakukan pembunuhan itu kepada anggota polis.


Sementara itu, pihak berkuasa mengesyaki wanita itu dibunuh oleh teman lelakinya apabila rakan suspek memaklumkan kepada polis bahawa suspek sebelum menghilangkan diri ada memintanya untuk meminjamkan plastik besar.

Berdasarkan maklumat itu, polis menemui sejumlah barang bukti seperti pakaian mangsa, sarung, plastik, batu pemberat dan telefon bimbit milik mangsa.

Selepas seminggu kemudian, polis berjaya mengesan suspek yang bersembunyi di daerah Banjar, Jawa Barat, 4 Mei.

“Suspek melawan ketika ditahan dan terpaksa dilumpuhkan kakinya dengan timah panas.

“Dia kini ditahan atas dakwaan membunuh dan jika disabitkan bersalah, bakal dihukum penjara 15 tahun,” kata jurucakap polis. – MYNEWSHUB.CC

*Video dibawah sekadar hiasan…

Kategori