Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

PTPTN Umum Dividen 4%...

KUALA LUMPUR - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengumumkan kadar dividen empat...

Pemakaian Pelitup Muka Belum...

MELAKA : Kerajaan negeri akan terus memantau peningkatan kes Covid-19 di Melaka sebelum...

Polis Tahan Pemandu Bas...

JELI - Polis menahan pemandu bas eksres yang terbabit dengan kemalangan sehingga mengakibatkan...

3 Kali Tukar MB...

KUALA KANGSAR - Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah mahu supaya kemelut kepimpinan kerajaan...

J/kuasa Perundingan Perinci Laporan Kematian Thaqif

PUTRAJAYA – Jabatan Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru menubuhkan jawatankuasa perundingan bagi memperincikan laporan awal bedah siasat kematian pelajar tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, yang dilaporkan dipukul seorang pembantu warden.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata jawatankuasa itu, yang disertai beberapa ahli dan pakar patologi forensik dari seluruh negara, akan berbincang dan memperhalusi keputusan awal yang dikeluarkan sebelum membuat kesimpulan akhir punca sebenar kematian kanak-kanak berusia 11 tahun itu.

“Perkara itu telah dimaklumkan kepada kementerian dengan jawatankuasa itu mencari kesepakatan tentang punca kes itu sebelum keluar dengan satu keputusan muktamad.

“Sehingga itu, kita perlulah menunggu sebelum perkembangan atau keputusan akhir mengenainya dapat disebarkan kepada pengetahuan umum,” katanya pada sidang media mengenai Kempen ‘Mega Mydaftar’ di sini, hari ini.

Dr Subramaniam bagaimanapun tidak mendedahkan kandungan laporan awal yang menjadi rujukan perbincangan jawatankuasa itu.

Kisah Mohamad Thaqif Amin, yang dimasukkan ke HSI Johor Bahru pada 19 April lepas, menjadi tular di media sosial selepas dilapor mengalami kecederaan pada bahagian kakinya dipercayai akibat dipukul pembantu warden di madrasahnya.


Selepas kedua-dua kakinya dipotong, tangan kanan Mohamad Thaqif Amin pula dijangkiti kuman akibat darah beku dan dijadual dipotong dari jari hingga bawah siku.

Namun, pembedahan itu ditangguhkan kerana jantung pelajar itu dilaporkan tidak stabil. Pelajar itu bagaimanapun meninggal dunia pada 26 April lepas.

Kisahnya turut mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang meminta siasatan kes kematiannya dipercepatkan. – BERNAMA

Kategori