Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Kapal Tentera AS Di...

KUALA LUMPUR - Kapal Tentera Laut Amerika Syarikat USS LASSEN tiba di Pangkalan...

Neelofa Akui Fazura Pesaing...

NOOR Neelofa dan Nur Fazura merupakan dua nama besar dalam industri seni tanah...

Tahi Burung, Debu Buat...

SEJAK akhir tahun lalu, Elon Musk sudah mula memperkenalkan Starship, roketnya yang didakwa...

Pengkhianat: Shahrir Persoal Shahidan...

PETALING JAYA - Seorang pemimpin veteran UMNO mempersoal pelantikan Shahidan Kassim sebagai pengerusi...

Joan Laporta Akan Hadir Pertembungan JDT, Magwe FC

KUALA LUMPUR – Bekas Presiden pasukan Barcelona, Joan Laporta akan hadir di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos di Larkin, Johor malam ini bagi menyaksikan pertembungan antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Magwe FC malam ini.

Presiden kelab bola sepak JDT, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim berkata, Joan Laporta berhasrat menyaksikan sendiri pertembungan Piala AFC 2017 membabitkan pasukan Harimau Selatan tersebut.

“Malam ini kita (JDT) akan ada tetamu yang turut bersama kita iaitu mantan Presiden Barcelona, Joan Laporta yang ingin datang untuk menyaksikan sendiri perlawanan JDT.

“Minggu lalu sewaktu perlawanan bertemu Pahang, kita menerima kehadiran tetamu istimewa iaitu Peter Lim, pemilik kelab Valencia CF. Pada masa akan datang akan ada ramai lagi tetamu yang bakal hadir untuk menyaksikan perlawanan di Larkin,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tunku Tun Aminah berkata, kedua-dua individu terbabit merupakan individu berpengaruh dan mustahak dalam dunia bola sepak yang menyokong dan percaya kepada projek JDT.


Menurut beliau, ia merupakan satu pengiktirafan tertinggi apabila mereka sudi hadir ke kelab yang kecil bagi meyaksikan perlawanan di Stadium Larkin.

“Oleh itu saya amat berharap para penyokong dapat datang beramai-ramai memberi sokongan untuk memberi gambaran kemeriahan suasana di Larkin apabila JDT bermain,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori