Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

PN Pahang Sedia Serah...

LIPIS – Perikatan Nasional (PN) Pahang sedia berkompromi dengan menyerahkan jawatan Menteri Besar...

Kemelut FGV Dibincang Dengan...

KEMAMAN - Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad akan mengadakan pertemuan dengan...

Bekas Pengarah Didakwa Terima...

SHAH ALAM - Seorang bekas pengarah sumber manusia sebuah syarikat swasta dihadapkan di...

Guna Facebook Jerat Wanita...

Bangkok - Seorang lelaki Malaysia dan dua wanita Thailand ditahan kerana dipercayai menjerat...

Johan Tak Suka Peminat Bazirkan Wang Untuknya

PELAWAK dan penyampai radio terkenal, Johan berkata dia tidak suka dengan sikap peminatnya yang sanggup membazir dan menghabiskan duit mereka semata-mata demi mengundinya dalam mana-mana pertandingan.

Menurut Johan lagi, dia berharap agar peminatnya membelanjakan wang mereka kepada jalan yang lebih berguna dan berfaedah.

“Saya selalu marah peminat saya beli surat khabar atau berkenaan dengan duit. Saya tidak sokong penyokong saya menyokong saya dengan duit. Kalau nak cakap duit, saya ada duit. Jangna buang duit anda. Kalau undi di atas talian (online) tidak mengapa, itu tidak guna duit.

“Saya tidak mahu bebankan orang. Duit itu boleh buat benda lain daripada dihabiskan kepada artis pujaan. RM50 dihabiskan untuk artis pujaan? Kita boleh dapat sekampit beras,” ujar bapa kepada empat cahaya mata itu seperti yang dipetik laporan Malay Mail Online.

Johan sebelum ini sering kali memenangi pertandingan berorientasikan hasil undian SMS peminat seperti Maharaja Lawak Mega dan Raja Lawak. – MYNEWSHUB.CC

Kategori