Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Agong, Raja Permaisuri Tunai...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan...

Gajah Liar ‘Ceroboh’ Kampung...

GUA MUSANG: Lebih 100 penduduk di Kampung Lebur Jaya, Kuala Betis di sini...

PRN: Sanusi Menghadap Sultan...

ALOR SETAR – Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan berangkat ke Wisma...

Lagi Kluster Baharu COVID-19...

PUTRAJAYA - Satu kluster baharu dikesan melibatkan sebuah hospital di Kuching, Sarawak, dikenali sebagai ‘Kluster Sentosa',...

Joy Revfa Minta Netizen Henti Kritik Imejnya

BERKAHWIN dengan seorang pendakwah berprofil tinggi dan dihormati masyarakat sudah tentu ada cabarannya.

Baru tiga minggu mendirikan rumahtangga dengan Hafiz Hamidun, ahli perniagaan Joy Revfa akui rasa teruji dengan cakap-cakap segelintir masyarakat yang tidak habis-habis mempertikaikan penampilannya.

Namun kata pemilik nama sebenar Siti Arifah Mohd Amin ini, dia masih dalam proses untuk belajar dan berubah menjadi seorang wanita muslimah yang lebih baik.

Dia juga berkata bahawa dia menghormati pandangan dan kritikan netizen yang mahu dia menjaga imej suaminya sebagai seorang artis Islamik.

Bagaimanapun, pengasas kosmetik ini berkata, dia kadang-kala tertekan dengan komen netizen yang sering menyerang foto-fotonya di laman sosial.

“Sudah-sudahlah cari silap dan dosa saya, saya pun baru berhijab dan masih lagi dalam proses belajar untuk menjadi seorang yang menutup aurat dengan sempurna.

“Ramai yang serang saya di laman sosial tentang baju saya ketat atau nampak rambut atau tangan. Ya, dulu memang saya kurang peka dengan hal-hal itu.

“Saya bukan wanita yang sempurna, saya belum bersedia untuk pakai pudah atau berbaju labuh. Tapi saya ada semangat ke arah itu suatu hari nanti. Kalau boleh biarlah atas kesediaan saya sendiri dan bukan hanya berpura-pura,” ujarnya.


Lelaki 'Turn On' Tengok Renungan Mata Isteri Hafiz?

Joy dan Hafiz melangsungkan pernikahan dalam sebuah majlis sederhana di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Shah Alam pada 1 Mei lalu.

Sementara itu, Joy berkata, Hafiz ada menegur dan meminta dia menjaga penampilannya selepas berkahwin.

“Hafiz ambil tahu tentang penampilan saya, dia ada tegur tapi dengan cara yang sangat lembut. Insya-Allah saya akan perbaiki penampilan dan lebih menjaga maruah dan imej dia sebagai suami,” ujarnya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori