Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Kerajaan Bersedia Tambah Prasarana...

KOTA BAHARU - Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bersedia menaik taraf prasarana...

Jangan Jual Kepak Ayam...

KUCHING - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Sarawak hari ini...

Tony Fernandes Mohon Terus...

Susulan kehilangan pesawat AirAsia QZ 8501, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri...

JBPM Laksana 2 Strategi...

KOTA TINGGI - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melaksanakan dua strategi dalam...

JPJ Sabah Terima 195 Rayuan Saman Program ‘Jom JPJ’

KOTA KINABALU – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sabah menerima 195 permohonan rayuan saman daripada pengguna bersempena program sehari “Jom JPJ” peringkat negeri di Oceanus Waterfront Mall, baru-baru ini.

Ibu Pejabat JPJ Sabah dalam kenyataan hari ini berkata, jumlah kutipan melalui kaunter van 1JPJ yang menyediakan pelbagai perkhidmatan pada program yang bermula 10 pagi itu adalah sebanyak RM9,575.

“…kutipan itu melibatkan pelbagai pembayaran termasuk pembaharuan lesen kenderaan motor, cukai jalan dan lesen memandu serta pembayaran notis saman,” menurut kenyataan berkenaan.

Menurutnya, sepanjang program itu, tujuh motosikal yang cukai jalan telah tamat tempoh lebih setahun diperiksa secara percuma.

“Selain itu, Hospital Queen Elizabeth 2 yang mengadakan Kempen Derma Darah bersempena program berkenaan berjaya mengutip 22 unit peket darah,” menurut kenyataan itu.


Program “Jom JPJ” antara lain diisi dengan aktiviti seperti tawaran pengurangan saman sebanyak 50 peratus mengikut budi bicara Pengarah JPJ negeri, pembaharuan cukai jalan, lesen memnadu, semakan senarai hitam dan pembayaran saman.

Program berkenaan turut melibatkan agensi lain antaranya Polis Diraja Malaysia, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan Jabatan Kesihatan Sabah. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • JPJ

Kategori