Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Selamatkan MAS Bukan Kejanggalan...

KUALA LUMPUR - Menyumbat kebocoran adalah antara langkah yang boleh menyelamatkan Malaysia Airlines...

Skuad Gimrama Sasar 6...

KUALA LUMPUR - Skuad gimnastik berirama (gimrama) negara bertekad untuk melakukan yang terbaik...

Sony Smartband 2 Kini...

SONY Malaysia hari ini secara rasminya melalui laman Facebook mereka telah pun mengumumkan...

Sultan Johor Sindir Lagi...

MUAR - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengingatkan ahli politik dari luar...

JPN Lancar Hab Percetakan Teragih Mykad Pertama

TAWAU – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hari ini melancarkan Hab Percetakan Teragih MyKad (Hab DPP) yang pertama seumpamanya di Malaysia, yang membolehkan tempoh serahan MyKad dipendekkan.

Ketua Pengarah Pendaftaran Negara Datuk Mohd Yazid Ramli berkata dengan adanya Hab DPP itu, tempoh serahan MyKad dapat dipendekkan daripada 10 hari bekerja kepada lima hari bekerja bagi pejabat-pejabat JPN di Semanjung.

Bagi Sabah dan Sarawak pula, tempoh serahan dipendekkan daripada 30 hari bekerja kepada tujuh hari.

“Tujuan projek ini adalah untuk mempercepat urusan pengeluaran MyKad secara berterusan, dalam tempoh yang singkat dengan perbelanjaan rendah serta memberi impak terbesar dalam urus niaga dan pelanggan JPN,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Projek Perintis Hab DPP di JPN Sabah dilaksanakan pada 14 hingga 18 April lepazs melibatkan sembilan Sub Hab DPP iaitu pejabat JPN di Ranau, Tuaran, Penampang, Inanam, Kuala Penyu, Beaufort, Kota Belud, Pitas dan Kudat.

Projek perintis tiga hari itu menunjukkan tempoh penyerahan kad siap kepada Sub Hab DPP dapat dilaksanakan dalam tempoh tujuh hari.

“Susulan itu, pelaksanaan projek Hab DPP diperluaskan ke seluruh Sabah melibatkan tujuh pejabat DPP iaitu pejabat JPN di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Tawau, Sandakan, UTC Keningau, Kota Marudu, Papar, Sipitang dan UTC Kota Kinabalu.


“Pelaksanaan projek Hab DPP juga diperluaskan ke 12 sub pejabat JPN iaitu di Lahad Datu, Kunak, Semporna, Tunku, Tongod, Telupid, Beluran, Kinabatangan, Nabawan, Tambunan, Tenom dan Lawas bermula 15-24 Mei lepas,” katanya.

Mohd Yazid berkata penjimatan tempoh siap MyKad dan peningkatan penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan adalah antara 50 hingga 76.7 peratus.

Projek Hab DPP juga memberikan penjimatan kos kepada pembangunan sistem, tenaga kerja dan perkhidmatan Pos Laju kepada JPN, katanya.

Beliau juga berkata pelaksanaan projek itu akan memberi faedah secara berterusan kepada rakyat dan perkhidmatan awam berikutan manfaat penjimatan masa yang diperolehi rakyat mempermudahkan urusan rasmi yang memerlukan pengesahan maklumat diri melalui MyKad. – BERNAMA

Kategori