Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Mahkamah Rayuan Akan Putuskan...

PUTRAJAYA - Kes rayuan Kementerian Dalam Negeri untuk mengetepikan satu perintah supaya kementerian...

Tips Teman Isteri Ketika...

MENEMANI isteri shopping hari raya tentu membuatkan lelaki bosan, namun ini antara nota kecil...

Kebebe Makanan Santai Berkhasiat...

LENGGONG - Selepas menunggu hampir 15 minit di hadapan lesung kayu diperbuat daripada...

CAAM Mula Siasat Nahas...

IPOH : Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) memulakan siasatan hari ini di...

Mangsa Banjir Di Temerloh Meningkat 116 Orang

KUANTAN – Jumlah mangsa banjir di Temerloh setakat pukul 9 pagi ini meningkat kepada 116 orang berbanding 96 orang malam tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri Zainal Yusoff berkata kesemua mangsa merupakan penduduk dari Kampung Pasu, Kuala Krau, Kuala Gandah dan Kampung Asli Sungai Enggang.

“Mereka ditempatkan di empat buah pusat pemindahan sementara iaitu di Surau Kampung Penderas (15 orang), Dewan Orang Ramai Kampung Pasu (64 orang) dan Surau Sok Mek (21 orang).

“Enam belas orang lagi dari Kampung Orang Asli Sungai Enggang yang turut terjejas dengan kejadian banjir ini berpindah ke rumah saudara mara,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.


Bagaimanapun, katanya, keadaan banjir di Kampung Pasu, Penderas, Kuala Krau semakin pulih dan air telah surut di kebanyakan tempat.

Zainal berkata pusat pemindahan dijangka ditutup tengah hari ini sekiranya keadaan bertambah baik. – BERNAMA

Kategori