Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Aduan SKMM Kini Boleh...

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) adalah salah satu agensi yang bertanggungjawab untuk...

Belia 18 Tahun Boleh...

PUTRAJAYA - Belia yang menginjak usia 18 tahun masih perlu menunggu kira-kira dua...

Populasi Gajah Liar Kini...

KUALA LUMPUR -Ā Anggaran populasi gajah liar di Semenanjung Malaysia kini adalahĀ sebanyak 1,220Ā hingga 1,450...

ForceSHIELD, STARStreak Tingkat Pertahanan...

KUALA LUMPUR - Sistem Pertahanan Udara Aras Rendah negara akan mempunyai keupayaan lebih...

KADA Hasrat Kok Lanas Perintis Ternak Lebah Kelulut

KOTA BHARU – Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) akan menjadikan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kok Lanas sebagai perintis bagi projek penternakan lebah kelulut.

Pengerusinya, Datuk Md Alwi Che Ahmad berkata bagi menjayakan projek berkenaan, seramai 20 penduduk terutama daripada golongan muda dipilih untuk mengikuti program ‘Transfer of Technology’ yang diadakan oleh agensi tersebut.

“KADA memperuntukkan sebanyak RM52,000 bagi melaksanakan projek ini yang bermula awal tahun ini, dengan setiap peserta masing-masing mendapat satu sarang lebah kelulut untuk diternak bagi mendapatkan madunya.

“Kesemua peserta sebelum ini telah menjalani kursus selama tiga bulan dan kita yakin mereka mampu meraih pendapatan kira-kira RM1,500 sebulan menerusi program ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Negaraku Prihatin KADA dan penyampaian bantuan Program Peningkatan Pendapatan Petani Berskala Kecil 2017 di sini, hari ini.


Md Alwi yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kok Lanas berkata menerusi projek berkenaan, peserta juga akan mengeluarkan produk madu kelulut di bawah jenama Cintamas, iaitu satu jenama produk keluaran KADA.

Katanya projek berkenaan merupakan satu program di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang dikenal pasti berpotensi menambah pendapatan petani memandangkan madu kelulut mendapat permintaan tinggi daripada pengguna ketika ini. – BERNAMA

Kategori