Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Demonstrasi Di Jakarta Jadi...

JAKARTA - Polis berkata seorang lelaki mati dan tujuh cedera dalam pertempuran yang...

11 Pegawai, Anggota ATM...

KUANTAN - Seramai 11 pegawai dan anggota dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerima...

Warga Emas Syukur Miliki...

KUALA KANGSAR - "Saya rasa sangat bertuah dan gembira kerana dapat memiliki sebuah...

Najib Akan Failkan Permohonan...

PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan memfailkan permohonan...

Kanak-Kanak Ketagih Rokok Kini Pelajar Cemerlang

KETIKA berusia dua tahun, Aldi Rizal yang berasal dari Indonesia, telah menjadi sensasi antarabangsa disebabkan dia mampu menghisap kira-kira 40 batang rokok sehari.

Kanak-Kanak Ketagih Rokok Kini Pelajar Cemerlang
Aldi Rizal

Kini, pada usia sembilan tahun, Aldi berjaya menghapuskan ketagihan berkenaan dan menjadi pelajar cemerlang di sekolah.

Dia berjaya membuang ketagihan tersebut pada tahun 2013, iaitu selepas dua tahun menjadi tumpuan ramai.

Aldi sebelum itu telah mendapat bantuan daripada kerajaan Indonesia yang menyediakan pemulihan khas untuknya dan menggantikan ketagihan rokok kepada makanan.

Ia bagaimanapun menyebabkan berat badan Aldi meningkat dengan mendadak iaitu 24kg ketika berusia lima tahun disebabkan dia ketagih kepada makanan pula.

Kanak-Kanak Ketagih Rokok Kini Pelajar Cemerlang
Aldi Rizal

Malahan bapanya, Rizal memberitahu anaknya itu akan menghentakkan kepala ke dinding semata-mata kerana mahu mendapatkan makanan tambahan.


“Dia akan makan makanan berlemak dan boleh menghabiskan tiga botol susu pekat setiap hari,’’ kata Rizal yang kemudiannya mambawa Aldi menemui pakar pemakanan.

Sejak itu, Aldi menjalani diet yang ketat dan selepas empat tahun makan buah-buahan dan sayur-sayuran, kanak-kanak berkenaan kembali menjadi kurus.

Aldi kini tidak lagi ketagih pada rokok dan dia menuntut di tahun empat di sebuah sekolah di situ. – MYNEWSHUB.CC

Kategori