Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Pemuda Dakwa Berasal Dari...

SEORANG remaja mendakwa dia dilahirkan di planet marikh dan dihantar ke bumi untuk...

Orang Melayu Memang Nantikan...

KUALA LUMPUR - Orang Melayu memang menantikan perpaduan ummah terutamanya melibatkan dua parti...

Mangsa Banjir Di Kedah...

ALOR SETAR - Jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 718 orang setakat...

Polis Gagalkan 15 Cubaan...

KUALA LUMPUR - Polis menggagalkan 15 cubaan serangan pengganas kumpulan militan Daesh di...

Kastam Kedah Sasar 580 Pendaftar GST Berpotensi

ALOR SETAR – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kedah menyasarkan 580 pendaftar berpotensi untuk berdaftar di bawah Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), di seluruh negeri hingga hujung tahun ini.

Pengarah JKDM Kedah Datuk Johari Alifiah berkata melalui operasi yang dijalankan, pihaknya kini sudah mencapai 44 peratus atau 259 individu dan syarikat dari jumlah yang direkodkan layak untuk mendaftar GST di bawah Akta GST 2014.

“JKDM tahu syarikat atau individu mana yang berkelayakan untuk mendaftar GST dan kami akan turun padang bertemu dengan peniaga ini untuk meminta mereka mendaftar dengan segera,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Op Penyata GST 03 di sini hari ini.

Mengikut Seksyen 20 Akta GST 2014, pendaftaran GST wajib bagi syarikat dan orang perseorangan yang menjalankan perniagaan serta mencapai nilai pembekalan bercukai bagi tempoh 12 bulan melebihi RM500,000.

Terdapat kira-kira 14,000 pendaftar GST di seluruh Kedah setakat ini.

Dalam pada itu Johari berkata, sebanyak 578 syarikat di sekitar Alor Setar dikesan gagal mengemukakan sejumlah 930 penyata GST bagi tempoh 2015 hingga Mac tahun ini.


“Ia membabitkan pelbagai sektor dan paling banyak ialah peruncitan, penyajian makanan dan barangan am…kebanyakan mereka memberi alasan pertukaran sumber tenaga manusia di bahagian perakaunan sebagai punca gagal kemuka penyata GST,” katanya.

Sehubungan itu, melalui operasi melibatkan 30 pegawai penguatkuasa dan terbahagi kepada enam kumpulan ini, akan bertugas dari 8 pagi hingga 8 malam dan digerakkan bagi memberi kefahaman mengenai kepentingan mengemukakan penyata GST, katanya.

Kegagalan peniaga mengemukakan penyata mengikut tempoh yang ditetapkan boleh didakwa mengikut Seksyen 41(6) Akta GST 2014 dan didenda RM50,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali. – BERNAMA

Kategori