Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Program LGBT Di Universiti...

KECOH netizen tempatan apabila Majlis Pewakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi Petronas (UTP) dilaporkan...

Tentera Iraq Rampas Kubu...

BAGHDAD - Perdana Menteri Iraq, Haider al-Abadi mengesahkan bahawa kerajaan palsu militan Daesh...

Tak Sempat Ke Klinik,...

GARA-GARA tidak sempat sampai ke klinik, seorang wanita warga Indonesia melahirkan bayinya di...

Lelaki Ditahan Bersama 71...

LARUT - Seorang lelaki disyaki pengedar dan penagih dadah ditahan bersama sembilan paket...

Kastam Kelantan Rampas Mercun, Rokok Seludup

PASIR MAS – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan berjaya merampas mercun, bunga api dan rokok bernilai kira-kira RM438,150.00 termasuk cukai, dalam dua serbuan berasingan di Wakaf Bata, Machang dan Kampung Pachakan, Kuala Besut, Terengganu, Khamis lepas.

Pengarahnya, Mohd Nasir Yusoff berkata dalam operasi itu juga pihaknya menahan tiga lelaki berusia antara 20 dan 30-an iaitu seorang penduduk tempatan, seorang warga Thailand dan seorang Myanmar.

Dalam kejadian di Wakaf Bata, sepasukan anggota penguat kuasa membuat intipan dan mengekori sebuah lori dari Tanah Merah menuju ke Machang melalui Jalan Raya Jeli-Tanah Merah-Machang, katanya kepada pemberita di Kompleks Pencegahan JKDM Rantau Panjang di sini, hari ini.

Mohd Nasir berkata sebaik tiba di Wakaf Bata, anggota kastam memintas lori itu dan menahan pemandunya yang berusia 31 tahun pada pukul 3.50 pagi.

“Pemeriksaan yang dijalankan terhadap lori itu menemui 174 kotak mercun seberat 4,078 kilogram dipercayai akan dibawa keluar dari Kelantan untuk pasaran di Kuala Lumpur,” katanya.

Sementara itu, dalam kes di Kampung Pachakan, katantya, pihaknya berjaya merampas sejumlah 1,150 karton rokok seludup selepas menahan dua buah kenderaan jenis Perodua Alza dan Proton Preve.

Mohd Nasir berkata dalam kejadian pukul 6 pagi itu, JKDM Kelantan membuat sekatan jalan raya bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN).


“Dalam kejadian itu, dua buah kenderaan terbabit sudah melepasi sekatan tetapi hasil kepekaan anggota kastam, kenderaan yang membawa rokok seludup itu berjaya dipintas.

“Pemeriksaan yang dilakukan mendapati dua buah kenderaan terbabit memuatkan rokok seludup dipercayai dari negeri di pantai barat Semenanjung menuju ke Kelantan. Dua pemandu iaitu warga Thailand dan Myanmar berjaya ditahan,” katanya.

Mengenai Operasi Asap yang dijalankan di negeri ini sejak 9 April lepas, Mohd Nasir berkata rokok pelbagai jenama yang dijual secara tidak sah bernilai RM42,347 serta cukai sebanyak RM528,597 berjaya dirampas di Jajahan Kota Bharu.

Beliau berkata pihaknya akan meneruskan Ops Asap sehingga penghujung tahun ini dengan sasaran kompaun sebanyak RM2 juta di seluruh negeri ini. – BERNAMA

Kategori