Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Masyarakat India Bersedia Sambut...

KUALA LUMPUR - Kedatangan musim menuai atau lebih dikenali sebagai Ponggal oleh masyarakat...

Menteri Besar Kedah Hanya...

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah hanya...

Muhyiddin Hadap Sultan Johor,...

JOHOR BAHRU - Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor, Tan Sri Muhyiddin akan menghadap...

Samun Kedai Antik: 2...

KUALA LUMPUR - Dua sahabat masing-masing dihukum penjara lima tahun dan satu sebatan...

Kastam KLIA Tahan Warga Asing Cuba Seludup Dadah

SEPANG – Cubaan seorang lelaki warga India menyeludup 8.37 kilogram (kg) dadah bernilai RM376,650 di dalam 54 beg ‘clutch’ berjaya dihidu Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 17 Mei lepas.

Timbalan Ketua Pengarah JKDM (Perkastaman dan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)) Datuk Zulkifli Yahya berkata dadah jenis ketamine di dalam beg clutch berkenaan ditemukan disorok di dalam bagasi milik lelaki berumur 38 tahun itu selepas tiba dari Kochi, India di KLIA pada kira-kira 7.40 pagi, 17 Mei lepas.

“Hasil siasatan mendapati dadah ini adalah untuk pasaran Malaysia dan bukan transit ke negara lain,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Ditanya sama ada lelaki berkenaan seorang keldai dadah, Zulkifli berkata suspek mempunyai pengetahuan mengenai barangan yang dibawanya dan dipercayai dia mempunyai rangkaian dengan sindiket dadah di negara ini.

“Dia juga yang pertama kali datang ke Malaysia tidak membeli tiket pergi dan balik,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati mandatori jika sabit kesalahan.

Zulkifli berkata dengan kes itu, JKDM KLIA berjaya mematahkan tujuh kes penyeludupan dadah pada tahun ini dan menahan empat suspek, melibatkan rampasan dadah seberat 30.757kg bernilai kira-kira RM1.33 juta.

Pada 2014, JKDM KLIA merampas sebanyak 379.7kg dadah bernilai lebih RM62 juta, pada 2015 pula menurun kepada 120.47kg dadah dengan nilai RM22.68 juta dan meningkat kepada 209kg pada 2016, walaupun nilainya menurun berbanding tahun-tahun sebelumnya iaitu sebanyak RM3.42 juta.


Dalam pada itu, Zulkifli memaklumkan JKDM KLIA turut menahan tiga warga asing kerana gagal mengisytihar wang yang dibawa oleh mereka dalam dua kes berasingan pada bulan ini.

Dalam kes pertama, seorang lelaki warga Yaman berusia 35 tahun ditahan di balai ketibaan KLIA pada 3.45 petang 17 Mei lepas kerana gagal mengisytihar wang Euro berjumlah €29,000 (RM140,380) yang ditemukan di dalam poket seluar suspek.

Pada 18 Mei pula, sepasang suami isteri warga Thailand masing-masing berusia 67 dan 50 tahun, ditahan di balai berlepas klia2 pada pukul 10.15 pagi kerana gagal mengisytihar wang berjumlah RM700,000.

“Jumlah yang dibawa oleh mereka lebih US$10,000 yang sepatutnya diisytihar. Aktiviti mengimport dan mengeksport mata wang dari Malaysia adalah tidak dibenarkan dan tertakluk kepada peruntukan undang-undang,” katanya.

Katanya kedua-dua kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967 dan Bahagian IVA Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2011. – BERNAMA

Kategori