Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Sesungguhnya 2019 Sentuh Hati...

KURANG dua minggu dimuat naik di laman perkongsian video YouTube, video muzik lagu...

Akta Pencegahan Keganasan 2015...

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan...

Wow! TMJ Dapat Hadiah...

SEMPENA Hari Keputeraan Tunku Mahkota Johor (TMJ) yang ke-31 hari ini, Tunku Ismail...

PRN Johor: Pengerusi DAP...

JOHOR BAHRU : Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong hampir pasti akan membuat...

Katy Perry Dibayar RM107j Jadi Juri ‘American Idol’

BINTANG pop antarabangsa, Katy Perry dikhabarkan menerima bayaran AS$25 juta (RM107,325,000) hanya untuk menjadi juri program realiti American Idol (AI) tahun ini.

Katty bagaimanapun berbangga kerana dia satu-satunya juri yang mendapat bayaran tertinggi berbanding juri lain.

“Saya sangat berbangga sebagai seorang wanita. Dan kamu tahu kenapa? Saya dapat bayaran lebih daripada juri-juri lelaki di program itu,” katanya ketika muncul dalam siaran radio 103.5 KTU, pada 23 Mei lalu.

Dalam pada itu, penyanyi yang baru muncul dengan single baru berjudul Bon Appetit ini menjelaskan dia bersetuju untuk menjadi juri AI bukan kerana isu bayaran lumayan tersebut.

Sebaliknya dia mengaku sudah lama ingin menjadi sebahagian daripada program pencarian berbakat tersebut.


Penyanyi lagu Roar ini berharap dapat melahirkan bakat-bakat baru dari program tersebut.

“Acara ini tentang pencarian bakat yang sebenar, membuat impian orang menjadi nyata dan mendengarkan kisah mereka.

“Saya melihat anda. Saya mahu mendengar anda. Saya ingin menjadi saksi mata untuk anda,” katanya lagi. – MYNEWSHUB.CC

Kategori