Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kembali Ke United, Apa...

PENYOKONG Manchester United diminta tidak kecewa dengan kenyataan pemain bintang Real Madrid, Cristiano...

Kelantan Rehat Pemain Utama...

KOTA BHARU - Kelantan akan merehatkan beberapa pemain utamanya menjelang pertemuan menentang Selangor...

Kegiatan Edar Dadah Tumpas,...

IPOH - Polis berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah di sekitar daerah Kerian...

Sokong BN Demi Kesinambungan...

SEMPORNA – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak meminta...

KBS Sasar 20,000 Peserta Larian Sukan SEA 2017

KUALA LUMPUR – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyasar penyertaan 20,000 peserta untuk Larian Sukan SEA 2017 pada hari pembukaan temasya dwitahunan berkenaan di hadapan Kompleks Kehakiman di Presint 3, Putrajaya pada 19 Ogos ini.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata larian yang bermula pukul 6 pagi dibuka kepada orang ramai dan warga asing yang dibahagikan kepada dua kategori iaitu 15 Km Terbuka dan Larian Santai 5 Km dengan yuran penyertaan RM60 bagi kategori terbuka dan RM50 bagi larian santai.

Beliau memaklumkan sebelum Larian Sukan SEA 2017 bermula, larian marathon sejauh 42.195 km akan dilangsungkan pada 6 pagi di venue yang sama.

“Larian ini sangat penting kerana ini adalah pada hari perasmian di mana pada waktu pagi, kita mengadakan larian manakala pada sebelah malamnya adalah upacara perasmian (di Stadium Nasional Bukit Jalil). Jadi kita mahu orang ramai turun untuk mempromosikan (Sukan SEA) dan ianya selari dengan tema Sukan SEA iaitu Bangkit Bersama,” katanya.

Khairy berkata demikian pada sidang media mengenai Larian Kuala Lumpur 2017, di sini hari ini.


Setiap peserta yang menamatkan larian akan diberikan pingat kenangan Sukan SEA yang direka khas dan sijil penyertaan selain turut menerima kemeja T, beg cenderahati dan insurans kemalangan peribadi sehari.

Pendaftaran untuk Larian Kuala Lumpur 2017 dibuka bermula hari ini dan berakhir pada 30 Jun dan orang ramai yang berminat menyertai larian berkenaan boleh mendapatkan borang penyertaan di pejabat Persatuan Olahraga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Wisma Majlis Olimpik Malaysia, Jalan Hang Jebat di sini.

Sukan SEA dijadual berlangsung dari 19-30 Ogos ini disusuli Sukan Para ASEAN dari 17-23 September. – BERNAMA

Kategori