Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

FAM Perlu Diterajui Individu...

KUALA LUMPUR - Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) perlu diterajui individu yang mempunyai pengetahuan...

Nenek Disiasat Dan Dikecam...

Seorang nenek di Ohio, Amerika Syarikat telah disiasat oleh pihak berkuasa selepas tindakannya...

Pelajar Tingkatan 3 Maut...

KANGAR - Seorang pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Alwi di sini...

Najib Ucap Tahniah Haron...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada...

KDN Mahu Turunkan Lagi Kadar Jenayah – TPM Zahid

SHAH ALAM – Kementerian Dalam Negeri (KDN) bertekad untuk menggandakan usaha bagi memastikan indeks jenayah mencatatkan prestasi yang lebih baik pada masa akan datang meskipun berjaya mengurangkan kadar jenayah sebanyak 47 peratus dari 2010 hingga 2016.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata prestasi baik itu terhasil daripada semangat kerja berpasukan dalam kalangan agensi-agensi penguatkuasaan di bawah KDN.

“Kita rasa tersanjung kerana penurunan kadar jenayah telah mencapai ke tahap 47 peratus biarpun pelbagai cabaran yang kita hadapi, biarpun pelbagai persepsi yang kita terpaksa depani,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan Laporan Program Transformasi Negara (NTP) di sini, malam ini.

Ketika membentangkan laporan itu, perdana menteri mengucapkan tahniah kepada Ahmad Zahid yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri kerana pencapaian membanggakan dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Mengurangkan Jenayah sehingga hujung 2016.

Najib juga gembira apabila laporan Global Peace Index 2016 oleh Institute for Economics and Peace menyebut bahawa Malaysia termasuk dalam kalangan 30 negara yang paling aman di dunia.

Merujuk kepada laporan NTP itu, Ahmad Zahid berkata prestasi positif NTP membuktikan bahawa Malaysia mempunyai asas ekonomi yang kukuh.


Namun, jika sentimen dan emosi dalam kalangan pelabur asing dan domestik dapat digarap lebih baik, beliau berkata ekonomi negara pasti mampu mencapai prestasi yang lebih tinggi.

“Saya berazam untuk terus membantu perdana menteri dalam usaha memacu pembangunan negara,” katanya.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Najib kerana melaksanakan tanggungjawab secara berkesan hingga menyaksikan Malaysia mencatat prestasi luar biasa pada tahun 2016 dalam pelbagai bidang khususnya ekonomi. – BERNAMA

Kategori