Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

4 Warga Finland Edar...

LANGKAWI - Polis menahan empat warga Finland di sebuah hotel di sini semalam...

Bergambar Dengan Mayat, Penggali...

KETERUJAAN melihat mayat bapa saudara yang ditanam kira-kira 23 tahun lalu bertukar menjadi mumia,...

Pesalah Trafik Warga Asing...

MIRI - Operasi Saman Tertunggak Warga Asing (OSTWA) yang dilaksanakan di sini selama...

Bahaya Jangkitan Covid-19 Masih...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberi amaran bahawa masih terdapat bahaya jangkitan Covid-19...

Kekalahan Nasrudin Bukti Ahli PAS Sokong DAP

KUALA LUMPUR – Kegagalan bekas Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi memenangi jawatan Naib Presiden parti itu membuktikan majoriti ahli PAS sebenarnya menyokong Pakatan Harapan yang diketuai DAP.

Setiausaha Organisasi Parti Amanah Negara (PAN), Suhaizan Kayat yang membuat dakwaan itu berkata, para perwakilan PAS telah memberi isyarat yang jelas bahawa mereka mahu PAS kembali bersama Pakatan Harapan.

“Kekalahan Nasruddin sebagai Naib Presiden PAS dengan undi yang kecil bermaksud perwakilan memberi isyarat agar PAS kekal dalam pakatan pembangkang.

“Tetapi mereka tidak berupaya melawan arus pimpinan atasan yang mahukan PAS putuskan hubungan dengan pakatan pembangkang. Ini bermakna ramai perwakilan PAS Pro-Pakatan Harapan.

“Terdapat perwakilan yang sedang memendam rasa dan tidak mustahil mereka akan memberi sokongan kepada Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14),” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Pakatan Harapan merupakan sebuah gabungan parti pembangkang yang diketuai parti sekular DAP dan anggotanya adalah PAN dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Pakatan Harapan kini bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diwujudkan Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk melunaskan dendam peribadinya ke atas UMNO.


Pemilihan PAS dalam muktamar parti itu hari ini menyaksikan Nasrudin gagal memenangi jawatan Naib Presiden.

Bagaimanapun, pemimpin PAS lain yang dibenci Pakatan Harapan memenangi setiap jawatan yang ditandingi mereka.

Mereka termasuk bekas Ketua Dewan Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang pernah dikutuk sebagai ahli politik bertaraf ‘tok lebai’ oleh Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Nik Mohamad Abduh malah memperoleh undian tertinggi untuk memegang jawatan penting Ahli Jawatankuasa PAS Pusat. – MYNEWSHUB.CC

Kategori