Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Hairi Anak Wayang Harap...

PELAKON Hairi Safwan menyatakan keterujaan untuk menimang cahaya mata sulung hasil perkahwinannya dengan...

PAS Belum Nampak Matlamat...

KUALA TERENGGANU - Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata penubuhan Persatuan...

Permohonan Injuksi Najib Didengar...

KUALA LUMPUR - Permohonan injunksi oleh Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menghalang...

Kanak-Kanak Lumpuh Akibat Kemalangan...

SEORANG kanak-kanak yang lumpuh akibat kecederaan otak selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya sembilan...

Kem Islamik TV AlHijrah Meletup!

NUR Laman Bestari di Ulu Yam, Selangor padat dengan lebih 220 peserta remaja menghadiri sesi Kem Islamik dengan tema ‘Memahami Semangat Ibadat Ramadan’.

Kem anjuran TV AlHijrah, Nur Eco Resort ini diadakan khas bagi mendidik remaja berusia 12 hingga 17 tahun mendalami ibadah pada bulan Ramadan.

“Kami mahu mengubah konsep kem yang tipikal. Jadi kami bawakan kem bertema Ramadan. Ia berfungsi sebagai medium ilmu untuk menjadikan remaja lebih memahami makna Ramadan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Izelan Basar.

Kem Islamik TV AlHijrah Meletup!

Menurutnya lagi, peserta bukan sahaja mendalami segala amalan dan rahsia kebesaran Ramadan secara peribadi, tetapi akan menjadi da’i kecil dengan menyebarkan pengetahuan kepada keluarga dan rakan-rakan.

Dengan kerjasama Kuicell dan fasilitator Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), pelbagai kuliah dan sesi laman diadakan sepanjang dua hari program ini.

Sesi bimbingan diketuai penceramah terkenal, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid yang menyampaikan kuliah mengenai keistimewaan Ramadan serta cara melaksanakan ibadah puasa yang sempurna.

Turut membimbing ialah hos TV AlHijrah, Wasiril Aswad dan penceramah tamu Ustaz Mohammad Hafiz Mohd Haneefa serta Ustaz Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan.


Kem Islamik TV AlHijrah Meletup!

Selain kuliah ilmu, peserta turut menyertai program laman termasuk aktiviti memanah dan talentime. Jadual malam pula dipadatkan dengan qiamulail dan tazkirah.

Selain peserta, ratusan ibu bapa juga berpeluang mendengar ceramah umum Ustaz Don pada sesi ramah mesra yang diadakan pada pukul 9.00 pagi Sabtu lepas.

Kem selama dua hari ini padat dengan panduan mengerjakan ibadah puasa serta amalan-amalan yang menjadi kelebihan pada sepanjang Bulan Puasa. – MYNEWSHUB.CC

Kategori