Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Kerajaan PH Terpaksa Akui...

WALAUPUN dulu sebagai pembangkang mereka menentang habis-habisan akta keselamatan yang diperkenalkan oleh kerajaan...

Bot Bawa PATI Indonesia...

MEDAN – Sekurang-kurangnya dua dipercayai maut dan 26 lagi hilang selepas sebuah bot...

Kerajaan Akan Bantu Cari...

Kerajaan akan membantu untuk pihak Indonesia mencari pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang ketika...

36 Rumah Ditenggelami Air...

IPOH - Sebanyak 36 buah rumah di Trolak Pekan dekat sini, ditenggelami air...

Kementerian Kesihatan Tingkat Pemantauan Kurma

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan akan meningkatkan pemantauan ke atas produk kurma di pasaran tempatan susulan tular di media sosial buah berkenaan tercemar dengan lipas dan kumbang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata pengguna disaran membaca label serta mengamalkan ‘lihat, hidu dan rasa’ sebelum menikmati makanan bagi mengelak termakan makanan yang rosak atau tercemar.

“Kementerian ingin menasihati pengguna dan orang ramai untuk menggunakan hak dan kuasa pembeli dalam memastikan produk makanan yang dibeli bersih dan selamat,” katanya.

Baca: Berhati-Hati! Dalam Kurma Rupanya Ada Lipas

Beliau berkata sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, mereka boleh menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat.

“Pengguna juga boleh melayari laman web moh.spab.gov.my atau laman Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di www.facebook.com/bkkmhg jika terdapat sebarang aduan berkaitan kebersihan dan keselamatan makanan,” katanya. – BERNAMA


  • Lagi berita berkaitan:
  • Kurma

Kategori