Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Betul Ke Zara XXX...

RENTETAN artikel terbaharu yang disiarkan MYNEWSHUB semalam, betul ke wanita yang menggelarkan dirinya...

Pendekatan Politik Perlu Ubah...

KUALA LUMPUR - Arena politik tanah air perlu bersedia untuk mencari pendekatan baharu...

Suami Isteri Etnik Rohingya...

KUALA TERENGGANU - Polis kini memburu pasangan suami isteri etnik Rohingya yang dipercayai...

Tony Biadap Kata Azmin...

SHAH ALAM - Rasanya belum pernah lagi berlaku dalam sejarah, seorang ketua kerajaan...

Kementerian Pendidikan Tidak Iktiraf PIBGN?

KUALA LUMPUR – Satu kenyataan media oleh Kementerian Pendidikan memaklumkan bahawa kementerian itu tidak pernah mengiktiraf Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) berlegar di media sosial.

Menerusi kenyataan itu, Kementerian Pendidikan menegaskan PIBGN tiada kaitan dengan kementerian itu dan kedua-dua pihak tidak pernah menjalin sebarang kerjasama atau usahasama dalam aspek pendidikan.

“Kementerian Pendidikan memohon pihak media tidak menggunakan sebarang pandangan atau komen pihak berkenaan khususnya melalui Presiden PIBGN, Prof. Datuk Mohamad Ali Hassan berkenaan pendidikan dalam negara khususnya di peringkat prasekolah hingga lepasan menengah.

“Ini memandangkan PIGBN tidak pernah memberi sebarang sumbangan khusus, idea mahupun inovasi dalam meningkatkan mutu pendidikan negara,” kata kenyataan itu.

Bagaimanapun, setakat ini tidak dapat dipastikan sama ada kenyataan media yang disebarkan di media sosial itu tulen atau palsu.


PIBGN sering menjadi pihak untuk media mendapatkan ulasan berhubung isu pendidikan negara termasuk dalam pembentangan bajet oleh kerajaan sebelum ini. – MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • PIBGN

Kategori