Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Adakala Muntah Di Gelanggang,...

LEGENDA badminton negara, Datuk Lee Chong Wei hari ini mengucapkan terima kasih kepada...

Siasatan Kes Pelajar Tahfiz...

JOHOR BAHRU – Polis akan meneruskan kertas siasatan berhubung kes kematian seorang pelajar...

Tiga Maut Kenderaan Masuk...

Batu Pahat - Tiga orang termasuk dua wanita maut manakala seorang cedera apabila...

Pemuda UMNO Akan Rombak...

KUALA LUMPUR - Pemuda UMNO akan merombak biro Exco pergerakan itu awal tahun...

Kenyataan Azmin Tunjukkan PKR Lemah Di Perak

IPOH – Hasrat Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk menjadikan Perak sebagai ‘anak angkat ‘ jelas menunjukkan betapa lemahnya PKR di negeri ini, kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak itu berkata BN negeri tidak gentar malah sudah biasa dengan kenyataan seumpama itu kerana pembangkang sejak dahulu lagi berebut untuk mengambil alih Perak tetapi keadaan menentukan sebaliknya.

“Saya tidak mahu bercakap besar, biar mereka tunjukkan ‘kuku’ atau susun perancangan untuk mengambil Perak,” katanya pada sidang media di sini, hari ini ketika diminta mengulas kenyataan Mohamed Azmin baru-baru ini bahawa PKR berhasrat menjadikan Perak sebagai anak angkat bagi mengambil alih negeri itu daripada BN pada pilihan raya umum ke-14 akan datang.

Zambry berkata apa yang penting, BN Perak akan terus bekerja untuk kesejahteraan rakyat dan biar rakyat menilainya.


Terdahulu, menteri besar menyampaikan surat tawaran lot kediaman Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) Bemban Rakyat kepada penduduk setinggan Buntong di Dewan Serbaguna, Bangunan Perak Darul Ridzuan. – BERNAMA

Kategori