Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Najib Ucap Tahniah Kepada...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada...

Demi Islam Pemuda PAS...

KUANTAN – Pemuda PAS terbuka menjalinkan kerjasama dengan sesiapa sahaja yang memahami dan...

PM Bakal Lancar Pelan...

JOHOR BAHARU - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual melancarkan Pelan...

PH Calonkan Anwar PM...

SHAH ALAM - Keputusan sebulat suara ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) memilih Datuk...

Kerajaan BN Sentiasa Hargai Sokongan Rakyat

BEAUFORT – Kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa menghargai sokongan diberikan rakyat kepada parti itu untuk terus menerajui kepimpinan dan memerintah, tidak hanya di Sabah tetapi juga di seluruh negara, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

Ketika menzahirkan penghargaan itu, Musa selaku pengerusi BN negeri, turut mengucapkan ribuan terima kasih atas kepercayaan diberikan rakyat khususnya di negeri ini terhadap parti tersebut.

“Terima kasih kepada rakyat yang sentiasa memberi sokongan kepada UMNO dan BN… saya percaya, rakyat sentiasa bersama parti BN, parti yang sentiasa relevan dan berkhidmat untuk kebaikan serta kesejahteraan semua.

“Kami bukan sahaja pemimpin di peringkat negeri tetapi juga pemimpin peringkat Pusat, bersyukur dan berterima kasih kepada kepercayaan dan sokongan rakyat,” katanya berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dataran Bagandang di sini hari ini.

Majlis dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu turut dihadiri Anggota Parlimen Beaufort Datuk Azizah Mohd Dun merangkap Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Ketua UMNO Bahagian Beaufort Datuk Isnin Aliasnih.

Dalam pada itu, Musa berkata jawatan sebagai menteri atau wakil rakyat disandang seseorang pemimpin bukan satu keistimewaan sebaliknya ia adalah amanah yang harus dipikul dengan penuh bertanggungjawab dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.


Beliau berkata setiap pemimpin khususnya dalam UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus menterjemahkan amanah dan tanggungjawab itu dengan penuh dedikasi menerusi komitmen turun padang bertemu rakyat yang telah memilih mereka.

“Untuk itu, kita (wakil rakyat) perlu sentiasa turun padang untuk memastikan rakyat hidup dalam keadaan baik dan sejahtera selain dapat melihat perkembangan pelaksaan projek-projek pembangunan yang dirancang,” katanya.

Menurut pemimpin nombor satu di Sabah itu, parti UMNO dan BN bukan bersifat bermusim, malah sentiasa komited memastikan apa sahaja keperluan dan masalah rakyat sentiasa diberi perhatian.

“Inilah cara kita (kerajaan BN), jika kita terus bekerja keras kita pasti akan berjaya. Kita bukan macam pemimpin pembangkang atau pemimpin tertentu yang datang bermusim… Kita selalu bertemu rakyat sebelum, semasa dan selepas pilihan raya,” katanya. – BERNAMA

Kategori