Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Bukan Serpihan Gelas Tapi...

McDonalds Malaysia menafikan dakwaan minuman 'ice blended' yang diminun seorang kanak-kanak perempuan berusia...

AP Import Bahan Makanan...

PUTRAJAYA : Kerajaan hari ini memansuhkan keperluan permit (AP) import terhadap bahan makanan...

Penyelia Syarikat Dituduh Pecah...

SEREMBAN – Seorang penyelia syarikat perumahan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di...

Premis YaPIEM Gold Dibuka...

KUALA LUMPUR - Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPIEM) bakal mengadakan kerjasama dengan...

Kerajaan Komited Tubuh KSCIP Ikut Tempoh Tetap

KUANTAN – Kerajaan komited untuk memastikan penubuhan Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman (KSCIP) dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata Raja Salman menetapkan pusat itu ditubuhkan dalam tempoh 90 hari selepas lawatannya ke Malaysia iaitu pada bulan Ramadan ini.

Selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerja Penubuhan KSCIP, Asyraf Wajdi berkata persediaan dilaksanakan kepada perkara yang diminta Kerajaan Arab Saudi, khususnya menyediakan premis sementara bagi membolehkan operasi itu dijalankan segera.

“Kita tidak mahu melepasi tempoh 90 hari kerana isu yang menyentuh soal radikalisasi, ekstremisme dan isu menconteng arang kepada agama Islam itu sentiasa berterusan.

“Perkara ini perlu ditangani secara berkesan serta pantas untuk kita mengatasinya berdasarkan naratif ideologi berasaskan pemahaman Islam sebenar.

“Sebagaimana yang diperjuangkan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) mengikut prinsip wasatiyyah yang diiktiraf Raja Salman, itu adalah pendekatan terbaik dalam membawa kefahaman masyarakat terhadap ketulenan agama Islam itu sendiri,” katanya.


Asyraf Wajdi berkata demikian semasa ditemui selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Pesuruhjaya dan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) yang dirasmikan Sultanah Pahang Sultanah Hajjah Kalsom yang juga Penaung Diraja PPPM cawangan Pahang.

Turut berangkat mencemar duli ke majlis itu ialah Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Penubuhan KSCIP yang bertujuan memastikan usaha memerangi keganasan yang mencemarkan imej Islam dapat dilaksanakan dengan berkesan adalah antara perkara dipersetujui antara Malaysia dan Arab Saudi dalam lawatan Raja Salman di negara ini pada Februari lepas.

Antara institusi yang bertanggungjawab merealisasikan penubuhannya ialah Kementerian Pertahanan Malaysia dan Arab Saudi, Liga Dunia Islam (Rabitah Al-Alam Al-Islami), Institut Pertahanan dan Keselamatan Malaysia (MIDAS), Ideology Warfare Centre Arab Saudi (IWC) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). – BERNAMA

Kategori