Thursday, December 26, 2024

Creating liberating content

Daesh Tak Perlu Pangkalan...

IPOH - Tidak perlu pangkalan, ancaman militan Daesh masih rancak tersebar menerusi media...

‘Saya Sendiri Hadir Tapi...

PUTRAJAYA: Aktivis Badrul Hisham Shaharin masih belum menerima Surat Tuntutan (LOD) daripada Menteri...

Rentung Direnjat Talian Elektrik...

KOTA KINABALU - Seorang lelaki ditemui rentung dipercayai akibat terkena renjatan elektrik yang...

Remaja Aibkan ‘Pok Ya...

KUALA TERENGGANU - Dua remaja perempuan berumur 17 tahun yang terlibat dalam kes...

Kerajaan Negeri Disaran Perbaiki Rumah Usang

GEORGE TOWN – Kerajaan DAP Pulau Pinang disaran membaiki rumah usang di bandar raya George Town yang merupakan kawasan tapak warisan dunia Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO).

Datuk Muhamad Farid Saad (BN-Pulau Betong) berkata terdapat banyak rumah usang yang terbiar dan ada antaranya diambil oleh pemaju dan dirobohkan.

“Adakah kerajaan negeri bercadang untuk membaik pulih rumah tinggalan lampau yang masih ada untuk tarikan pelancong,” katanya pada sesi soal jawab sidang undangan negeri Pulau Pinang, di sini hari ini.

Beliau turut menyarankan kerajaan negeri mewujudkan perkampungan warisan untuk menarik lebih ramai pelancong.

Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir negeri Chow Kon Yeow berkata terdapat kekangan untuk memperbaiki rumah usang di bandar raya ini berikutan syarat ketat Jabatan Konservasi Warisan, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).


“Memang setelah beberapa tahun bandar raya George Town diisytihar sebagai tapak warisan dunia, terdapat banyak kemajuan. Ada rumah-rumah usang ini yang telah dibaik pulih oleh tuan tanah,” katanya.

Chow berkata berdasarkan rekod MBPP, sehingga April tahun ini terdapat 64 rumah usang di kawasan Komtar. – BERNAMA

Kategori