Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Tugas Getir TNB Pulihkan...

KUALA LUMPUR - Bekalan tenaga elektrik di Kelantan pulih hampir 60 peratus pagi...

Program Pengasingan Sisa Pepejal...

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan melaksanakan program pengasingan sisa...

RoS Tolak Logo Pakatan...

PUTRAJAYA ― Tidak sampai dua minggu struktur Pakatan Harapan diumum, blok pembangkang itu...

Anggota Bomba Kerja Hari...

PUTRAJAYA - Selain warga Malaysia di luar negara yang berdaftar dengan pihak kedutaan,...

Kerja Ukur Tanah Orang Asli Dijangka Selesai September

GUA MUSANG – Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dijangka dapat menyiapkan kerja mengukur tanah simpanan masyarakat Orang Asli di seluruh negara pada September depan, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata setakat ini, JAKOA telah menyiapkan kerja mengukur tanah simpanan Orang Asli sebanyak 105,000 hektar.

“Tanah simpanan masyarakat Orang Asli di seluruh negara dianggar sebanyak 132,000 hektar dan hanya berbaki 27,000 hektar yang masih belum siap kerja ukur,” katanya kepada pemberita selepas majlis ramah mesra bersama masyarakat Orang Asli Pos Brooke, kira-kira 100 kilometer dari sini, hari ini.

Pada majlis itu, beliau turut melancarkan program Kempen Kebersihan Kampung Orang Asli Peringkat Kebangsaan.

Beliau berkata maklumat bagi kawasan tanah yang telah selesai kerja mengukur akan diserahkan kepada kerajaan negeri terbabit untuk diluluskan sebelum diwartakan.

“Setakat ini, sebanyak 32,700 hektar tanah simpanan masyarakat itu telah diwartakan oleh kerajaan negeri berkenaan.

“Bidang kuasa untuk meluluskan dan mewartakan tanah untuk masyarakat tersebut terletak di bawah kerajaan negeri maka, kita berharap kerajaan negeri segera mengambil tindakan untuk mewartakan tanah yang telah siap diukur itu,” katanya.

Menurutnya langkah mewartakan tanah Orang Asli itu penting bagi mengelak berlakunya pertikaian dengan kerajaan negeri apabila terdapat kegiatan pembalakan, perladangan dan perlombongan di kawasan terbabit selain membanteras pencerobohan haram kawasan hutan.


Beliau turut menyarankan kerajaan negeri supaya berbincang dengan JAKOA terlebih dahulu sebelum meluluskan sebarang projek di kawasan pedalaman kerana dikhuatiri akan melibatkan kawasan penempatan Orang Asli.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata sebanyak 853 kampung Orang Asli di seluruh negara akan terlibat dengan kempen menjaga kebersihan tersebut.

Beliau berkata kementeriannya akan bekerjasama dengan pelbagai pihak termasuk Kementerian Kesihatan dan pihak berkuasa tempatan bagi melaksanakan kempen berkenaan secara berterusan.

Kempen itu antara lainnya bertujuan menggelak berlakunya wabak penyakit seperti malaria, batuk kering (Tibi), kusta, denggi dan kencing tikus dalam kalangan masyarakat Orang Asli

Antara aktiviti yang diadakan sempena kempen itu adalah gotong royong membersihkan kampung, pemeriksaan kesihatan dan pameran kesihatan. – BERNAMA

Kategori